Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops June 27, 2018 @ 7:10am

“Gila Glamour, Tagih Simpati” – Intan Liana Terkilan

Sebut sahaja nama Intan Liana, pasti ramai yang mengingati kemelut kontroversi yang melanda wanita ini walaupun dirinya bukan seorang selebriti. Kisah Ude Wahid yang berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda menjadi perhatian ramai.

Sehubungan itu, ramai netizen yang bersimpati dengan nasib Intan selepas dia diceraikan dan menjadi ibu tunggal kepada dua anak lelakinya. Dan, tanpa disedari, rezeki semakin berpihak kepada dirinya sehingga ditawarkan menjadi model muslimah serta menjadi duta beberapa produk kecantikan.

Namun, Intan terkilan dengan anggapan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya itu seolah-olah menagih simpati ramai pihak. Al-maklumlah, segelintir masyarakat yang beranggapan Intan kononnya menjaja kisah perkahwinannya sehingga tersebar luas di media sosial semata-mata mahu mendapat perhatian masyarakat dan simpati netizen di luar sana.

Sumber : Instagram

“Saya bukanlah seorang artis. Saya masih intan yang dulu. Cuma sekarang saya mencari rezeki dengan berniaga. Kalau ikutkan, dulu saya menjual pakaian bersama kakak. Sekarang saya menjual jamu dan minyak wangi kanak-kanak. Saya tidak menyangka ada pihak mengangggap saya menagih publisiti murahan dan gila glamour. Hakikatnya, saya tidak menagih semua itu termasuk perpisahan yang berlaku”. Katanya

Biasalah, apabila kita mula mengecapi kebahagian, pasti ada sahaja dugaannya. Tetapi, kami di xtra berharap Intan Liana tidak mudah mengalah dengan kata-kata yang dilemparkan buat dirinya.

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Jul 2023
LIFESTYLE Mon, 3 Jun 2019

Explore Langkawi Wholly with Resorts World Langkawi

There’s more to enjoy in Langkawi than we know!

Hiburan Sat, 21 Jul 2018

Tahniah! Datuk A. Aida Dan Pelakon Ariff Aziz Selamat Disatukan

elepas tiga bulan menjalin hubungan serius, pasangan ini mengambil keputusan untuk berkahwin.

A. Aida yang merupakan produser terkenal dinikahkan oleh Jurunikah dan Imam 2 Masjid Darul Ehsan Subang Jaya, Mohammad Imran Nasohah.

Featured Mon, 7 Nov 2022
Hiburan Thu, 17 Jan 2019
Featured Tue, 7 Apr 2026

“Kalau Dapat RM30,000 Mama Boleh Je Transfer, Tapi Saya Nak Buat Dia Bangga” – Cik B

Cik B mengakui memasang harapan dan  matlamat selepas menyertai program realiti nyanyian Talk To My Manager (TTM) musim kedua.

error: Content is protected !!