Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 21, 2018 @ 1:56pm

Tahniah! Datuk A. Aida Dan Pelakon Ariff Aziz Selamat Disatukan

Alhamdulillah…Selamat Pengantin Baru buat Datuk A. Aida dan suami, pelakon Ariff Aziz! Majlis pernikahan berlangsung di Hotel Dorsett Subang Jaya, hari ini.

Selepas tiga bulan menjalin hubungan serius, pasangan ini mengambil keputusan untuk berkahwin.

A. Aida yang merupakan produser terkenal dinikahkan oleh Jurunikah dan Imam 2 Masjid Darul Ehsan Subang Jaya, Mohammad Imran Nasohah.

Ariff, 29, menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin kepada pengantin perempuan manakala wang hantaran sebanyak RM20,000.

Pengantin lelaki menyerahkan dua dulang hantaran berupa jam tangan mewah jenama Cartier seberat 1.24 karat berserta beg tangan Hermes manakala lima hantaran daripada pihak perempuan ke pengantin lelaki berupa jam tangan jenama Hublot, sebentuk cincin, beg bimbit Louis Vuitton, minyak wangi Chanel berserta kuih-muih dan manisan.

Terdahulu, bekas finalis Pencarian Lelaki Maskulin 2013/2014 ini melamar A. Aida di sebuah restoran Arab di Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan memberikan sebentuk cincin pada 4 Julai lalu.

Ia adalah perkahwinan keempat buat A. Aida dan pertama kali untuk Ariff.

A. Aida sebelum ini pernah berkahwin dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan namun mereka bercerai pada tahun 2003. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 21 dan Wan Azevanatassha yang berusia 16 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Zulin Aziz Appalled with Unethical Product Sellers

Stop it once and for all, it’s so not cool!

Hiburan Sat, 4 Jan 2025
Hiburan Thu, 6 Dec 2018

猪年有什么搞作?首要媒体1215约定你

猪年有什么搞作?首要媒体约定你12月15日(星期六)在雪兰莪Paradigm Mall一同见证「2019年新春」推介礼。

Hiburan Mon, 30 Dec 2019

TVXQ Changmin Is Taken, SM Entertainment Confirms

Love is in the air and we are happy for Changmin.

Hiburan Fri, 25 Apr 2025
error: Content is protected !!