Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain February 7, 2024 @ 4:44pm

Sanggup Berhabis Duit Untuk Pakaian, Nabila Huda Tak Kedekut Demi Kepuasan Watak – “Kalau Tak Dapat Apa She Nak, She Naik Hantu”

Pelakon Nabila Huda sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminatnya dengan fesyen yang sering ditonjolkan ke kaca televisyen.

Menurut Nabila, dia kerap berbelanja lebih untuk kelihatan elok dan segak di skrin demi kepuasan dirinya menjayakan sesuatu watak.

“Problem utama saya adalah, I will always spend my money to look good on screen! Untuk kepuasan sendiri demi watak and it’s totally worth it if you hired the right person yang faham apa yang kite imagine.

“This is my personal wardrobe designer, @hapy2selalu ! Dia lah orangnya yang custom baju Maimon for Telaga Suriram.

“Kali ni, look for Leha. My upcoming short series called #BanjirRaya for @mediacorp.untukmu bulan puasa nanti..Thank you shasha!! You’re the best lahhh!!,” tulisnya dalam sebuah hantaran Instagram.

Meskipun setiap produksi akan menyediakan pakaian, Nabila yang lebih mesra sebagai Abil lebih selesa meencipta persona watak yang dijayakan menggunakan duitnya sendiri.

“You guys jangan salah faham, every production ada sediakan wardrobe, tapi kadang-kadang untuk special character, saya akan create and custom using my own money sebab nak pasti kan head to toe dari styling, kasut dia, material kain, jenis kain batik nak kena sama seperti yang i bayangkan.

“Untuk tidak menyusahkan orang lain dengan permintaan kita yang bukan-bukan serta sikap fussy dan jugak perfectionist when it comes to rupa satu character tu, I wouldn’t mind to spend.

“Berhabis duit pun takpe, janji menjadi, she puas! I punya level fussy tu, watak pregnant, bra pun kena beli size tripple macam orang preggy ok! Perut also cannot pakai bantal2 nampak petak-petak pecah lobang tu! No no no!!

“Kalau she tak dapat apa she nak, she naik hantu and no jokes punya naik hantu..Pasti disini ada yang berpengalaman kena marah dengan saya kan?? Sowieee,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 5 Jul 2019
Trending Tue, 28 Dec 2021

Tampil Gandingan Intan Najuwa & Idris Khan, Penerbit Bersyukur Drama ‘Saat Kau Takluk Cinta Ini’ Trending

Penerbit Kembara Sufi Production Sdn Bhd, Jaja Ishak bersyukur apabila naskhah terbaharunya, Saat Kau Takluk Cinta Ini menerima pujian peminat. Menurut Jaja, peminat meminati jalan cerita yang ditampilkan dalam drama adaptasi novel berjudul sama nukilan […]

Trending Sun, 6 Jan 2019

Yang di-Pertuan Agong Letak Jawatan

SULTAN Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Featured Thu, 12 Mar 2026

Terima 236 Juta Penstriman, Lagu ‘Masing Masing’ Ernie Zakri & Ade Govinda Diiktiraf Asia Book Of Records

Karya hit ‘Masing Masing’ nyanyian Ernie Zakri terus mencatatkan sejarah apabila berjaya meraih lebih 236 juta penstriman menerusi paltfrom Spotify.

Featured Wed, 28 Sep 2022
error: Content is protected !!