Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari February 8, 2024 @ 7:59pm

“Diam Bukan Bererti Pengecut Tapi Pilih Waktu Tepat Untuk Berbicara” – Adira Suhaimi

Penyanyi Adira Suhaimi memuat naik hantaran yang mengenai seseorang yang memilih untuk berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.

Kongsi Adira, seseorang yang memilih untuk berdiam diri tak bermakna individu itu salah malah dapat membantu seseorang itu mendapatkan kekuatan.

“Diam tak bermakna kita salah dan orang lain betul. Dalam kita diam banyak membantu kita untuk menjadi kuat dalam ketenangan,” katanya.

Tambah pelantun lagu Pujaan Hati ini, dia juga berpendapat individu yang berdiam diri bukanlah seorang yang pengecut malah menunggu masa yang sesuai untuk bersuara.

“Diam pula bukan bererti kita ni pengecut tapi lebih memilih waktu yang tepat untuk berbicara. Semoga Allah menjaga aib kita semua,” ujarnya lagi.

Adira Suhaimi

Terdahulu, Adira telah memfailkan penceraian kali kedua terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red atas sebab tiada persefahaman.

Untuk rekod, Adira berkahwin dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan tersebut, Adira memiliki empat orang anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob, 1.

Artikel Berkaitan: Nyanyikan Semula Lagu Lara Lagi, Adira Suhaimi Buat Peminat Sebak – “Sama Keadaan Dia Sekarang”

Artikel Berkaitan: “Betul-Betul Deep! Wanita Yang Pernah Lalui Je Faham” – Netizen Sebak Dengar Adira Suhaimi ‘Cover’ Lagu Masing Masing

Artikel Berkaitan: Kes Cerai Adira Suhaimi, Datuk Red Mengaku Masih Sayang Isteri & Mahu Pertahan Rumah Tangga

Artikel Berkaitan: Akui Tak Tinggal Sebumbung, Adira Suhaimi Tak Halang Datuk Red Jumpa Anak Anak …Tekad Mahu Bercerai

Artikel Berkaitan: Terkejut Dengan Isu Penceraian, Netizen Puji Sikap ‘Kunci Mulut’ Adira Suhaimi – “Bagusnya, Tak Tunjuk Apa Jadi Dalam Family”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Apr 2021

Syabas! Ejen Ali The Movie Terpilih Mewakili Malaysia Ke Brazil

Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie berjaya mencipta sejarah skali lagi apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021, di Brazil. Pengarahnya, Usamah Zaid Yasin berkata, pencalonan itu semestinya cukup […]

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Trending Tue, 4 May 2021
Hiburan Mon, 30 Sep 2024

Malaysia Jadi Tuan Rumah, Festival Filem Asia Pasifik Kembali Untuk Edisi Ke-61

Festival Filem Asia Pasifik 61 (APFF61) akan berlangsung dari 29 November hingga 1 Disember 2024.

Hiburan Thu, 11 Sep 2025
error: Content is protected !!