Selebriti By: Atiqah Johari December 5, 2023 @ 3:49pm

Terkejut Dengan Isu Penceraian, Netizen Puji Sikap ‘Kunci Mulut’ Adira Suhaimi – “Bagusnya, Tak Tunjuk Apa Jadi Dalam Family”

Umum mengetahui bahawa penyanyi Adira Suhaimi telah memfailkan penceraian kali kedua terhadap suaminya, Datuk Red pada 25 November lalu.

Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua, Datuk Red Ditegur Sengaja Lambatkan Proses JPK
Artikel Berkaitan: Fail Cerai Sebab Tiada Persefahaman, Datuk Red Tak Setuju! Nak Pertahan Rumah Tangga Dengan Adira Suhaimi

Artikel Berkaitan: Belum Sedia Beri Kenyataan, Adira Mohon Ruang

Namun begitu, rata-rata peminat dan warganet terkejut dengan berita penceraian tersebut kerana melihat Adira seorang yang periang di media sosial.

Malah, warganet memuji tindakan Adira yang tidak pernah berkongsi masalah keluarga yang dihadapinya di media sosial seperti orang lain.

“Diam je dia tak tunjuk pun apa jadi dalam family bagusnya dia lama dia tak buat video lawak sebab dia tengah stress ke. Bagusnya perempuan yang pandai pendam rasa dia,” tulis seorang warganet.

Bukan itu sahaja, individu lain pula menyifatkan orang yang sering menghiburkan orang lain seperti Adira sebenarnya banyak memendam rasa.

“Selalunya suka menghiburkan orang sekeliling selalu buat lawak sebenarnya dia lah orang yang selalu menangis dalam diam dan mempunyai kisah pahit dalam kehidupan.

“Begini la caranya tidak terlalu overthinking harap Adira baik-baik saja,” katanya.

Adira Suhaimi

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun 4, dan Ayob, 1.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Mar 2023

“Perempuan Tu Masih Kacau!” – Dedah Telah Fail Cerai, Jalaluddin Perjelas Konflik Rumah Tangga Musa Hassan

Abang saya tak pernah abai nafkah isteri dan anak-anak – Jalaluddin Hassan

Hiburan Wed, 5 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Sufian Suhaimi Tak Balik Raya Dalam Aku Tak Kaya

Nak tahu macam mana Sufian Suhaimi tak balik raya, jangan lupa saksikan drama ni tau!

Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Tersentuh Nampak Akim…Kenapa Kak Lina Pom Pom Menangis?

Bagusnya Akim, sanggup datang walaupun penat!

Featured Wed, 8 Nov 2023

Tia Jinbara Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Innalillahwinnailaihirrojiun. Al-Fatihah🖤

Hiburan Wed, 8 Mar 2023
Trending Sun, 17 Jan 2021

Tarikh Pembayaran BPR 2021 & Kadar Bantuan

Jangan terlepas tarikh-tarikh penting ni!

Trending Sun, 17 Feb 2019

Bapa Salah Bancuh Susu Campur Dengan Serbuk Racun Lipas

Bayi Setahun Nyaris Maut, Bapa Salah Bancuh Susu Campur Dengan Serbuk Racun Lipas

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Ajak Shiro Mahu Menjadi Pengacara

Ajak Shiro akui sudah selesa menjadi seorang pengacara selepas menamatkan tugas sebagai penyampai radio.