Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 13, 2024 @ 5:00pm

“Ini Bukan Lagi Syirik, Ini Munafik”- Kongsi Foto Berseluar Pendek Atas Lutut, Fathia Latiff Dikecam Lagi!

Pelakon sensasi, Fathia Latiff mencuri perhatian selepas memuat naik foto berseluar pendek menerusi hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Fathia kelihatan memakai seluar pendek berwarna hitam bersama baju t shirt berwarna merah jambu dan hanya memakai topi sahaja.

Walaupun aktres itu tidak memaklumkan keberadaannya kini, namun Fathia kelihatan lebih terbuka tampil di khalayak dengan tidak menutup bahagian kepalanya, malah kelihatan lebih selesa mendedahkan rambutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

 

 

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai komen pada hantaran foto tersebut.

Bahkan, ada yang menyifatkan aktres itu sebagai munafik dek kerana lebih terbuka mendedahkan auratnya.

“Dah elok-elok bertudung kali kedua, buat balik.

“Makin tua buakn makin cantik perangai tapi buka pakai. Dah buka tudung ni alang-alang kain kapan tutup sekali.

“Ini bukan lagi syirik, ini lagi munafik. Terbang suda tudung dia. Get well soon lah Fathia dunia makin tenat sekarang setenat matamu,” komen netizen.

Bagaimanapun, terdapat segelintir dalam kalangan netizen yang tampil mempertahankan aktres itu dan memohon agar mendoakan yang terbaik buatnya.

“Tak perlu nak hina baik doakan sahaja. Kita tak duduk tempat dia jadi kita tak tahu apa yang dia lalui dan rasa. doa yang baik-baik.

“Moga Fathia kembali pada fitrah. Jangan merosakkan diri sendiri. Allah maha pengasih,” komen netizen.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Fathia bagaimanapun bertindak menutup ruangan komen pada beberapa hantaran di platform media sosialnya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Events Tue, 24 Apr 2018

‘Nervous’ Pertama Kali Keluar Mengundi? Baca ini…

Tak ke rugi tu? Bukan main awal korang bangun, beratur, bila sampai je kertas undi ikat tangan korang, dipangkahnya semua nama calon. Ha ha ha… jangan begini ya kawan! Pangkah undi dengan berhemah.

Hiburan Sun, 22 Mar 2026
Trending Wed, 14 Jul 2021

Media Prima Omnia Perkenal Pakej #KitaMalaysia, Tawar Nilai Media Sehingga RM1 Juta Untuk Usahawan SME

Pandemik Covid-19 yang melanda hampir dua tahun bukan sahaja membahayakan kesihatan, malah ia memberikan impak terhadap pelbagai industri di serata dunia. Industri perniagaan turut terjejas, malah ia memberikan kesan buruk terhadap perusahaan kecil dan sederhana […]

Trending Tue, 14 Apr 2020
error: Content is protected !!