Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir February 13, 2024 @ 2:14pm

Kekal Hubungan Baik Dengan Sharnaaz, Noor Nabila Puji Sikap Amelia Christie – “Kalau Umur Saya Tak Panjang, Sekurangnya…”

Ketika isu hak penjagaan anak hangat diperkatakan, hubungan baik antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isteri, Noor Nabila sering dijadikan teladan terutama buat pasangan yang berpisah.

Memetik laporan Berita Harian, Noor Nabila memberitahu, selepas bercerai, seorang wanita dan ibu perlu memainkan peranan lebih besar untuk meredakan keadaan.

“Saya dan Sharnaaz sudah bercerai selama tiga tahun. Setakat ini, Alhamdulillah. Mula-mula dahulu ada ‘hiccup’ hendak faham. Tetapi, dalam hal ini, perempuan atau ibu kena main peranan lebih daripada bapa.

“Ibu kena lebih faham dan tidak pentingkan diri sendiri. Maksudnya, awak berkorban demi anak dan memaafkan serta melupakan demi anak. Awak buat itu sebagai prinsip nombor satu.

“Buang semua ego, perit dan pahit. Semua itu kena letak tepi dan jalan terus. Itu bagi diri ini… Saya tidak tahu orang lain macam mana. Isu rumah tangga ini, kita tidak tahu dasarnya, saya pun tidaklah rancang semua ini… Semuanya berlaku sendiri,” katanya.

Menurut ibu kepada Jebat Jayden ini, dia mengakui tidak mudah melalui fasa selepas bercerai, namun pengalaman ibu bapanya berpisah membuatkan dia memilih untuk berkorban demi anak.

“Saya juga datang daripada ‘broken family’ di mana ibu bapa saya bercerai. Apabila perkara ini terjadi ketika kecil, saya berjanji dengan diri sendiri, saya tidak mahu anak rasa apa yang saya rasa,” ujarnya.

Selain itu, Nabila juga tidak meletakkan sebarang syarat sekiranya Sharnaaz mahu mengambil anaknya.

“Saya mahu anak okay. Jadi, saya berkorban agar anak saya tidak rasa apa yang lalui. Itulah sebabnya saya okay sahaja dengan semua. Sampai sekarang saya dan Sharnaaz tiada perjanjian hendak ambil anak bila dan sebagainya.

“Bila-bila masa Sharnaaz mahu ambil anak, boleh. Dalam sehari, tiga hingga empat kali pun dia datang, saya okay. Perkara ini bagus untuk anak kami. Dia (Jebat) tidak rasa pun kesan. Dia juga tidak pernah bertanya mengenai kami. Pada Jebat, dia gembira ada emak dan bapanya.

“Sharnaaz juga sama seperti saya. Apa dia buat, dia akan fikir anak,” jelasnya.

Pada masa sama, Nabila dipuji apabila secara terbuka menerima Amelia Christie dalam kehidupannya.

Menurutnya, dia selesa dengan Amelia yang dilihat pandai membawa diri, baik hati dan penyayang.

“Apabila saya kenal dia dan tengok dirinya ikhlas dengan anak saya, apatah lagi dia baik, saya gembira dapat kenal dia.

“Saya sayang dia… Saya selalu cakap begitu. Dia macam adik saya sendiri. Kalau dia hendak apa-apa, pandangan atau sebagainya, saya ada. Kita juga selalu WhatsApp setiap hari… Jebat pun sayang dia.

“Tetapi mungkin sesetengah orang, dia cemburu orang lain rapat dengan anak dia. Saya hanya fikir positif. Saya hendak masuk 40 tahun.

“Kalaulah Sharnaaz dan dia ada jodoh dan umur saya tidak panjang, sekurang-kurangnya anak saya ada emak yang sayangkan dia,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Jasmine Suraya Chin Teruja Dalam ‘Back To You’

Bangsa, Agama dan budaya perlu dihormati dan diangkat oleh kita, Rakyat Malaysia!

Featured Tue, 6 Dec 2022

Ayda Jebat, Nabil Mahir Menangis Tinggal Anak Untuk Urusan Kerja

Pasangan selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir menangis apabila terpaksa ke luar negara meninggalkan anak mereka, Ana Nayla atas urusan kerja. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna @ashhryyyyy di laman TikTok, Ayda dan Nabil […]

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

Kesihatan Norish Karman Merosot, Anak Rayu Doa & Sokongan Orang Ramai

Norish Karman dilaporkan berada dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

Peliknya Suami Saya Tidak Cemburu!

Izara akui dirinya masih mempelajari tanggungjawab yang perlu digalas, tapi katanya mujurlah suami tidak cerewet. Mengenai zuriat pula, Izara tidak menolak andai diberi rezeki awal.

Hiburan Sat, 16 Feb 2019

‘ Minta Maaf Atau…’- Misha Omar Kecewa Difitnah Guna ‘Mak Esah’ Di AJL33

Siapa yang tak bengang kan kalau dituduh bukan-bukan? Semoga pihak berkenaan tampil dan mohon maaf kalau tidak…

Featured Sat, 26 Jul 2025
Featured Sun, 2 Oct 2022
Hiburan Mon, 16 Oct 2023

Famili Duo 3: Komedi Atas Pentas Curi Hati Penonton, Sharif & Syaiful Zero Dinobatkan Duo Terbaik!

Congrats Sharif & Syaiful! Memang best gila persembahan dorang siap dapat standing ovation tau

error: Content is protected !!