Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 13, 2024 @ 5:41pm

Didakwa Kaki Kikis Duit Wanita, Azri Iskandar Tampil Buka Mulut  – “Kalau Betul Saya Pengikis, Sekarang Ini Saya Dah Kaya”

Selepas tular mengenai kisah percintaannya dengan individu yang dikenali sebagai Dr Azra, pelakon Azri Iskandar sekali lagi mencetuskan spekulasi apabila ada individu yang menggelarnya sebagai pengikis duit wanita.

Katanya ketika ditemu bual dalam program Melodi TV3, dia tidak tahu sekiranya gosip liar itu timbul memandangkan kisah percintaannya sebelum ini berakhir dengan baik.

Bahkan, sekiranya dakwaan itu benar, dia beranggapan bahawa dirinya kini sudah berada ditahap selesa, kaya dan tidak perlu terlibat dengan mana-mana penggambaran.

“Saya tak tahu dari mana datangnya cerita saya ini kerana tak rasa ada orang yang kecewa dengan saya berdendam sampai begitu sekali.

“Kalau betul saya pengikis sekarang ini saya dah kaya, pakai kereta mewah, tidak mempunyai hutang dan tidak perlu keluar shooting.

“Siapa perempuan yang saya kikis tu? Boleh say atahu siapa yangs aya kikis tu? Ada ke?,” katanya.

Azri Iskandar

Mengulas lanjut, Azri atau nama penuhnya, Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 56, mendedahkan, pendapatannya kini turut terjejas disebabkan kurangnya tawaran berlakon.

Bahkan, disebabkan perkara itu, dia kini terbeban dengan beberapa komitmen termasuklah gagal membayar sewa rumah seperti yang telah ditetapkan.

“Saya ada terima tawaran berlakon, tapi bukan waktu sekarang sebab ditunda mungkin bukan rezeki saya, sebab itu sewa rumah pun tertangguh, tapi tak bolehlah cakap berapa bulan, itu peribadi.

“Kereta pula tiada tunggakan sebab dulu beli tunai, cuma risau susahkan tuan rumah dengan keadaan sekarang, tawaran kecil pun saya terima.

“Saya bukan cerewet dalam memilih watak atau naskhah, sebaliknya ada projek yang diajukan hanya bermula pada bulan hadapan,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 23 Dec 2017

陪女生逛街「战死商场」的英雄们!

对于很多男生来说『购物』是一种折磨,但他们要怎么开口向他的爱人表明呢?(音乐响起:总是开不了口让她知道……)看过以下这组照片,你就会明白这些『商场英雄』的心声。

Hiburan Wed, 19 Feb 2020
Hiburan Wed, 11 Jun 2025

“Kenapa Orang Rasa Mereka Yang ‘Free Hair’ Ni Banyak Dosa?” – Thalita Anak Shuib Minta Netizen Tegur Cara Baik

Thalita anak Shuib persoal segelintir pemikiran individu dakwa wanita free hair banyak dosa

Hiburan Sat, 24 Jan 2026

“Kami Sedia Disaman, Dipenjara Sekalipun” – Puteri Balqis Tegas Pertahan Kenyataan

Aqish turut mendedahkan pihaknya bersedia untuk berkongsi bukti-bukti membabitkan isu tersebut

Trending Tue, 17 Sep 2019
Trending Thu, 16 May 2019

Jadi Imam Dari Usia 13 Tahun, Bakal Doktor Ketuai Imam Solat Terawih Buat Netizen Kagum

Hebat! Bakal doktor umur 24 tahun ini viral jadi imam solat Terawih

Featured Tue, 30 Jan 2024
error: Content is protected !!