Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Salma Syahbuddin February 14, 2024 @ 5:55pm

“Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya”- Puteri Sarah

Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkongsi notis tuntutan terkini berhubung kenyataan fitnah yang dikeluarkan oleh individu wanita dikenali sebagai Nazatul Nazira Zainol Abidin seperti yang tular sebelum ini.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Sarah mendedahkan beberapa butiran yang terkandung dalam tuntutan tersebut termasuklah, kenyataan fitnah bertujuan menjatuhkan reputasinya menerusi beberapa hantaran di media sosial sama ada menerusi platform Instagram mahupun aplikasi WhatsApp Story.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” tulisnya pada hantaran berkenaan.

Selain itu, Nazatul juga didakwa memuat naik dan menyebarkan beberapa kenyataan dan komen kasar terhadap Puteri Sarah dengan menggelarnya sebagai bodoh, mengambil dadah serta tuduhan membela individu yang mana dipercayai dan boleh diketahui sebagai Andy dan banyak lagi.

 

Pada 29 Januari lalu, Puteri Sarah ada berkongsi hantaran menunjukkan fotonya bersama rakannya dan juga peguam, Azmi Mohd Rais di sebuah syarikat guaman iaitu, Zulkifli Yong  Azmi And Co.

Katanya, tujuan posting itu dibuat bukanlah untuk mencari publisiti melainkan menggunakan saluran yang betul untuk membawa kes menyebarkan fitnah dan menuduhnya tanpa bukti ke mahkamah.

“Kita tak cari publisiti, kita guna saluran yang betul”jelasnya.

 

Terdahulu, tampil individu wanita mendedahkan bahawa dia telah didakwa melakukan pecah amanah dan melarikan duit perniagaan rakan kongsinya yang juga merupakan pelakon wanita popular.

Justeru, menerusi kenyataan yang dibuat wanita berkenaan ketika temu bual bersama Melodi TV3, dia menafikan sekeras-kerasnya segala kenyataan yang dikeluarkan oleh aktres tersebut, termasuklah berkenaan jumlah wang yang diuar-uarkan di platform media sosial.

Malah, tindakan tidak profesional aktres itu menyebabkan namanya terjejas selain mendakwa artis itu banyak memutarbelitkan cerita.

Artikel Berkaitan:”Nak Hina Dan Memfitnah Sertakan Bukti, Jangan Jadi Tin Kosong!” – Puteri Sarah Bengang, Nekad Fail Saman

Artikel Berkaitan:Individu Wanita Dituduh Pecah Amanah, Dakwa Pelakon Wanita Popular ‘Spin’ Banyak Cerita?

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 19 Jan 2019
Hiburan Tue, 29 May 2018

Cerita Artis Plastik, Kenapa Janna Nick Naik Angin?

Saya bukan orang yang bermuka-muka dan saya orang yang sangat jujur. Kalau dia nak plastik dengan saya, tak payah la…

Cahaya Mata Wed, 24 May 2023

Maryam Durian Kimchi Keguguran Anak Kedua – “Kami Percaya Dengan Takdir & Perancangan Allah…”

Allahuakbar… berat ujian Ryzal dan Maryam 😢😢 Insya-Allah, ada rezeki lain suatu hari nanti ❤️

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Kenapa DS Aliff Syukri Sound Netizen Ni?

Soalan apa agaknya yang diberikan oleh netizen buat DS Aliff Syukri?

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

李俊颉连续25天连续挑战 #不麻木生活

Victor李俊颉日前释出新歌《麻木》MV,独角戏演出现实中的自己,社交网挑战 25天不间断分享「不麻木生活」。

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Hiburan Tue, 7 Nov 2017

GEMPAR! KIP BUAT APA DI ARGENTINA

Siapa yang tidak kenal dengan “Super KIP” negara kan? Di awal usia 19 tahun , Khairul Idham Pawi atau “Super KIP” ini telah melakar sejarah dalam dunia permotoran Negara apabila muncul sebagai juara ketika perlumbaan di Argentina baru-baru ini.

Featured Thu, 21 Sep 2023
Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Pelakon Gerak Khas Meninggal Dunia

Drama siri Gerak Khas kehilangan anggotanya hari ini apabila mendapat berita yang Nizen Ayob meninggal dunia sebentar tadi

error: Content is protected !!