Program TV By: Nabihah February 18, 2024 @ 11:43am

Wow, Applecrumby® Nak Bagi Tiket AJL Dengan Pengalaman VIP Secara Percuma! Macam Mana Caranya?

Ramai yang tidak sabar menantikan malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 pada 3 Mac nanti, mana tidaknya barisan finalis tahun ini semuanya hebat-hebat dan super popular.

Dimeriahkan pula dengan konsep ekstravaganza melalui tema Muzikaverse, lagilah ramai yang teruja nak saksikan kelainan malam finale AJL pada tahun ini betul tak?

Tapi, kalau dapat tiket percuma mesti lagi best kan?

Applecrumby® nak belanja korang tiket percuma, paling best korang akan jadi VIP!

Berita baik untuk korang yang nak sangat saksikan AJL secara langsung! Applecrumby® berbesar hati untuk tawarkan pemenang bertuah peluang bagi merasai pengalaman VIP di malam AJL nanti bersama barisan KOLs terkenal dan selebriti!

Cara nak menang mudah je tau, korang hanya perlu menyertai peraduan GayaApplecrumby yang bakal berlangsung pada 18-27 Februari nanti.

Langkah penyertaan:

  1. Ambil gambar anak korang dalam persalinan yang paling fashionable
  2. Muat naik gambar tersebut ke microsite Applecrumby® bersama caption (tidak lebih daripada 50 patah perkataan) menerangkan kenapa korang layak untuk menang
  3. Pemenang bakal dipilih untuk merasai pengalaman VIP AJL berserta baucar lampin pakai buang Applecrumby® bernilai RM500

Peraduan ini hanya berlangsung untuk 10 hari sahaja, jadi korang kena cepat! Kalau tidak melepaslah peluang nak rasai pengalaman VIP di AJL nanti.

Jenama lampin pakai buang yang dipercayai ibubapa

Kredibiliti Applecrumby® sebagai jenama barangan bayi siri premium memang tak perlu diragukan lagi, terutama sekali lampin pakai buang mereka yang dikategorikan antara terbaik di pasaran.

Lampin pakai buang Applecrumby® direka sepenuhnya tanpa klorin bagi memastikan ia selamat untuk kegunaan si manja dan juga mesra alam sekitar.

Ia juga hadir dengan perlindungan kebocoran yang sempurna bersama teknologi GreenCore-Dry bagi memastikan si manja dapat kekal kering dan selesa.

Paling penting lampin ini direka khusus tanpa menggunakan pewarna bagi melindungi kulit bayi daripada terjejas dek ruam.

Haa.. Senang cakap, dengan Applecrumby® ibu bapa tak perlu risau tentang keselesaan si manja dah! Harga pun dalam kategori mampu milik dengan kualiti yang top-notch!

Applecrumby® tampil kelainan di AJL

Istimewa untuk AJL ke-38, Applecrumby® bersama pihak produksi tampilkan kelainan dengan mengadakan ‘baby red carpet’ dan juga ‘baby room’!

Mesti comel habis gelagat si cilik yang bakal memeriahkan acara karpet merah di AJL nanti.

Kalau korang nak rasai sendiri kelainan AJL kali ini, jangan lupa untuk sertai peraduan GAYAAPPLECRUMBY! Kena cepat sebab tarikh tamat peraduan dah tak lama lagi tau.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang promosi istimewa daripada Applecrumby® korang boleh layari laman web rasmi mereka di SINI atau ikuti Instagram mereka di SINI.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Thu, 20 Apr 2023

Menangi Duit Raya Keseluruhan Bernilai Hampir RM50,000

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekali lagi menganjurkan kempen Cabutan WOW! Syoknya Raya untuk semua pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) dengan tawaran hadiah wang tunai lumayan. Kempen ini adalah sebagai tanda penghargaan […]

Featured Mon, 19 Sep 2022

“Pakai Rompers Ke Tu?” – Fesyen Nora Danish Dikritik, Netizen Dakwa Sengaja Nak Bukti Badan Kurus?

Nampak macam rompers tapi tolak tepi, yang penting style kot 😂😜

Featured Fri, 4 Nov 2022
Featured Thu, 10 Nov 2022

Tak Berlakon Dalam Kampung People 3, Peminat Mahukan Hun Haqeem – “Dia Hidupkan Watak Baby Boo Jekfer”

Oh no my baby boo Jekfer.. Agak agak kenapa Hun Haqeem tak pegang watak Jekfer dalam drama Kampung People musim ketiga ek?

Featured Tue, 31 Oct 2023
Replicated Draft Thu, 8 Feb 2024

Anak Lebih Selesa, Kaki Lebih Segar & Tak Berbau Dengan Kasut Sekolah Bata Antibakteria Ni!

Dah masuk musim kembali ke sekolah. Biasanya mak ayah yang paling sibuk buat persiapan anak ke sekolah. Banyak kelengkapan sekolah perlu disediakan seperti pakaian, beg, buku, alat tulis dan sebagainya. Antara barang wajib ada, mesti […]

Replicated Draft Mon, 21 Aug 2023

Terharu Pulak Tengok Iklan Merdeka Ni, Terasa Semangat Patriotisme Tu!

Bulan Ogos dah tiba! Beberapa hari lagi, rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66. Mesti banyak aktiviti yang korang dah plan cuti panjang merdeka ni kan? Bukan tu je, yang paling dinantikan adalah iklan-iklan […]

Replicated Draft Thu, 23 Mar 2023

Nikmati Air Yang Bersih & Segar Sepanjang Hari Dengan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri

PASANGAN yang baharu menimang cahaya mata pastinya teruja menerima penambahan ahli dalam keluarga, tambahan kelahiran anak pertama. Pastinya, pelbagai persiapan dilakukan sempena menjadi ibu bapa baharu, selain bakal meraikan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Namun, […]

Hiburan Tue, 6 Jun 2023