Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 18, 2024 @ 6:37pm

Individu Pertikai Sijil Halal Produk Makan Masa Lebih Dua Tahun, Khairul Aming Tampil Perjelas Situasi Sebenar

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming tampil menjelaskan berhubung status halal produk keluarannya iaitu Sambal Nyet Berapi dan terbaharu, Dendeng Nyet Berapi. 

Ia susulan timbul pertikaian individu yang mempersoalkan berapa lamakah tempoh untuk mendapat sijil halal bagi produk makanan. 

Katanya lagi, dia sudah lama menanti Khairul untuk mengeluarkan sijil halal bagi produk-produknya sejak dua tahun lalu. 

“Nak buat sijil halal susah ke? Dari dulu lagi tunggu produk Khairul Aming (KA) dapatkan sijil halal. Dan KA sendiri pun kata nak buat (sijil halal) masa 2022. Tapi sampai sekarang belum ada,” tulis individu.

Khairul Aming

Menerusi platform Instagram, sebagai pengasas produk Khairul menjelaskan bahawa sijil halal untuk produk-produknya mengambil masa yang sedikit lama kerana ada beberapa prosedur yang perlu dipatuhi seperti mendapatkan sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Dalam perkongsian sama, Khairul berkongsi sebuah foto memaparkan dirinya telah menerima sijil MeSTI untuk produk pertamanya, Sambal Nyet. 

“Step by step. First dapatkan MeSTI cert untuk pastikan kilang bersih dan selamat approved by Kementertian Kesihatan Malaysia (KKM). Yang ni makan masa dua tahun lebih sebab kita buat kilang dari scratch.

“Bukan sehari dua nak siapkan kilang sebab nak setup flow, purchase mesin, renovation, expansion dan lain-lain lagi. Tetapi Alhamdulillah KKM banyak bagi guidance selama 2 tahun lebih ni and kita baru sahaja dapat MeSTI certification on 31 Jan 2024, dua hari sebelum Dendeng Nyet dilancarkan,” katanya. 

“Then we go for Halal, followed by Good manufacturing practice (GMP) and Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) so that we can target for export. Itu flow yang kita dah consult semua pihak untuk pastikan semua proses berjalan lancar. Will keep you guys posted on the progress,” tulisnya. 

Khairul Aming

Artikel Berkaitan: Khairul Aming Atau Vivy Yusof? Isu Siapa Lagi Layak Terima Dana Jadi Perdebatan Netizen Di Platform X

Artikel Berkaitan: Pecah Rekod! 80,000 Pek Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming ‘Licin’ Dalam Masa 3 Minit 39 Saat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Nov 2022

Sharifah Sakinah Berjubah & Bertutup Litup, Sharifah Shahirah Sempat Buat Lawak – “Aku Rasa Baik Tutup Semualah, Buruk Benar”

Terkenal dengan karakter yang ‘gila-gila’ dan penampilan yang seksi, pelakon Sharifah Sakinah sering dikecam oleh netizen di media sosial. @shieraijoy jangan cakap kami tak ajar adik ye..kami ajar pelan pelan… kami pun sama merangkak #cubajadibaik […]

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

Sebelum Peluk Islam, Adam Corrie Mengaku Dirinya…

Sebelum memeluk Islam, Adam Corrie mengaku dirinya…

Hiburan Tue, 7 Nov 2023

Pakai Loket Huruf ‘Z’, Rantai Emas Fyna Jebat Curi Tumpuan

Huruf Z kat rantai Fyna tu tanda apa ekk… 🤔 Z for Zainal? 👀

Trending Thu, 21 Feb 2019

9张图告诉你「30岁之前和30岁之后」的超中肯生活

对许多人来说, 30岁是个心理上的重要里程碑!有些女生或许会害怕跨过这个年龄……

Trending Mon, 1 Jun 2020

KPM Nafi Keluar Tarikh Pembukaan Semula Sekolah

semak dulu dan dapatkan maklumat yang sahih baru percaya okay!

Hiburan Tue, 25 Jul 2023

Menang ABPBH 35, Amir Ahnaf Tak Sabar Lebarkan Sayap Ke Indonesia & Hollywood!

Wowww, Amir nak terbang berlakon dekat Hollywood? Cayalah ek bukan biasa biasa

Featured Mon, 25 Nov 2024

Nina Ismail Sabri Kini Sah Jadi Suri Hati Hafiz Osman

Usahawan Nina Ismail Sabri akhirnya kembali menjadi isteri kepada jejaka pilihan hati, Hafiz Osman.

error: Content is protected !!