Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain February 19, 2024 @ 2:43pm

AJL 38: Sah Tarik Diri, Afieq Shazwan Bakal Ganti Jamal Abdillah

Syarikat rakaman FMC Music mengesahkan bahawa penyanyi Datuk Jamal Abdillah telah menarik diri dari menyertai Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38), pada tahun ini.

Menerusi kenyataan media dari pihak syarikat rakaman itu, keputusan tersebut dibuat setelah mendapat persetujuan bersama antara pihak Jamal, pihak penerbitan dan FMC Music mewakili pencipta lagu.

“Pihak kami tidak dapat berbuat apa apa jika keputusan itu telah dibuat sendiri oleh Datuk Jamal dan dipersetujui oleh pihak penerbitan.

“Sebelum itu Datuk Jamal sendiri ada memberitahu saya untuk menarik diri, namun saya mencadangkan agar Datuk Jamal memaklumkan sendiri pada pihak penerbitan AJL kerana perkara ini terletak di luar bidang kuasa kami selaku syarikat yang menerbitkan lagu,” kata C.F Ho selaku Pengarah Urusan FMC Music.

Dalam pada itu, FMC Music turut mengumumkan penyanyi Afieq Shazwan bakal menggantikan Jamal untuk berduet dengan Wany Hasrita pada malam berprestij itu nanti.

“Setelah berbincang dengan pencipta lagu Ku Cuma – Ezra Kong . FMC Music telah bersetuju untuk menamakan penyanyi Afieq Shazwan sebagai penganti Datuk Jamal untuk berduet bersama Wany Hasrita dipentas akhir Anugerah Juara Lagu nanti.

“Keputusan pemilihan ini dibuat berdasarkan kredibiliti dan kemampuan Afieq. Kami yakin Afieq mampu memberikan persembahan dan kerjasama yang baik dengan Wany Hasrita,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Agama Wed, 5 Jun 2024
Trending Tue, 24 Nov 2020
Hiburan Mon, 24 Mar 2025

Shukri Yahaya Kembali Berlakon Filem Selepas 5 Tahun – “Sharnaaz Berjaya Pujuk & Beri Dorongan”

Shukri mahu membuktikan kebolehannya dalam filem dan tidak mahu terus dikaitkan dengan watak drama cinta dan emosi

Trending Mon, 20 Sep 2021

“Tiba-Tiba Dia Call Cakap Nak Kahwin, Biar Betul Nak Pakai Hitam?” – Pereka Fesyen Ambil Masa Seminggu Siapkan Busana Viral Zizi Kirana

Busana yang digayakan oleh penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin ketika majlis pernikahan mereka semalam mendapat perhatian ramai. Persalinan songket hitam benang emas yang mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal, Shanell Harun ini digayakan segak […]

Featured Fri, 26 Apr 2024
Featured Thu, 21 Apr 2022

Zul Ariffin Hadiahkan SUV Mewah Kepada Bekas Kekasih

Wah! Bestnya Zul Ariffin bagi birthday present…

Trending Fri, 28 Aug 2020

Sah Mutasi D614G Dalam Kluster Tawar – KKM

Jadi, terus patuhi SOP dan jaga kebersihan selalu

Hiburan Sun, 15 Oct 2023
error: Content is protected !!