Hiburan By: Atiqah Johari February 20, 2024 @ 6:52pm

“Dah Penat Hadap Benda Ni” – Enggan Menipu, Khazrul Dakwa Pertunangan Dengan Zarina Anjoulie Sekadar ‘Content’?

Usahawan, Datuk Khazrul Elzey atau lebih dikenali sebagai tunang pelakon Zarina Anjoulie mendakwa bahawa ikatan pertunangannya dengan pelakon tersebut hanya sekadar lakonan.

Memetik laporan mStar, Khazrul mendedahkan bahawa pertunangan mereka tersebut untuk membantu Zarina atau mesra disapa sebagai Anju menempa namanya semula dalam industri hiburan.

“Sebenarnya pasal tunang ini semuanya hanyalah satu rancangan Anju (panggilan Zarina) bagi melonjakkan kembali namanya.

“Selepas enam bulan dia putus tunang, dia kembali memujuk saya untuk membantunya. Jadi saya tolonglah sebab saya sayangkan dia.

“Saya tidak mahu salahkan sesiapa kerana niat saya hanya ingin membantunya,” ujarnya kepada wartawan mStar.

Malah, dia juga menyatakan bahawa dia ingin menghentikan penipuan ini kerana sudah berlarutan terlalu lama.

Dia juga menyifatkan hubungannya dengan Anju sebagai toksik dan enggan dikaitkan dengan pelakon itu lagi.

“Ini adalah hubungan yang toksik. Saya sudah tidak mahu terlibat lagi. Jodoh di antara kami mungkin tidak ada.

“Sampai bila saya nak bantu dia menipu diri sendiri? Saya tak mahu teruskan sebab sudah penat nak hadap benda ni,” jelasnya lagi.

Bukan itu sahaja, Khazrul juga mendedahkan bahawa hubungan mereka ini tidak mendapat restu daripada ibu Anju malah diuji dengan pelbagai masalah.

“Masyarakat di luar sana banyak mendoakan saya mendirikan rumah tangga dengan Anju. Nak nikah di mana-mana pun boleh tapi masalahnya kena ada restu ibu.

“Saya dan Anju mungkin tak boleh bersama lagi sebab bagi saya restu keluarga itu sangat penting,” katanya.

Dalam pada itu, Khazrul memaklumkan bahawa dia pernah menasihati Anju untuk tidak lagi mencetuskan gosip dengan melibatkan dirinya namun mendakwa tidak diendahkan pelakon itu.

“Impaknya sangat negatif trhadap bidang kerja saya. Contohnya ada satu kes Anju dengan seorang pelakon, bercakap tentang perkara-perkara mengarut.

“Perkara tersebut telah mendapat liputan media. Bos-bos saya semuanya ada media sosial dan tahu tentang kontroversi yang terkait dengan Anju.

“Mereka akan tanya kepada saya apa yang berlaku dan saya perlu terangkan semuanya. Jadi perkara itu tidak baik untuk diri dan kerjaya saya,” tuturnya.

Artikel Berkaitan: “Nak Cakap Laki Aku Buruk… At Least Aku Ada, Kau?” – Gara-Gara Tunang Dihina, Zarina Anjoulie Dedah Fathia Latiff Minta Khidmat Guaman Secara Percuma

Artikel Berkaitan: Cinta Kembali Bertaut, Zarina Anjoulie Dedah Individu Cuba Kikis Duit Kekasih… Siap Bagi ‘Warning’!

Artikel Berkaitan: Ambil Iktibar Hal Lalu, Zarina Anjoulie Enggan Terburu-Buru Soal Kahwin – “Masing-Masing Kena Jadi Lebih Baik”

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Jan 2023

Donnie Yen Gembira Pelakon Asia Mula Diiktiraf Di Hollywood – “Ia Melibatkan Bakat Dan Bukan…”

Bakat pelakon Asia pun dah setaraf global! Jangan lupa tengok filem baru Donnie Yen, Sakra

Featured Tue, 21 Feb 2023
Events Sun, 24 Nov 2019

《搭错车》音乐剧挑战「高」难度!第26场温馨落幕

改编自1983年轰动一时的同名电影巨作《搭错车》音乐剧巡演在跑了11个城市后,第26场于昨日(23日)在马来西亚圆满落幕!

Hiburan Sat, 16 Jun 2018

Sehelai Pun Cukuplah…

Kata penyanyi lagu Misteri ini, sehelai baju raya tidak mendatangkan masalah buat dirinya memandangkan dia tidak akan memakainya sepanjang hari. Wah…baguslah Ernie ni, jimat!

Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Syura Hidap Penyakit Misteri, Punca Badan Semakin Susut?

Penyanyi ini memberitahu, berat badan beliau semakin susut akibat penurunan berat badan beliau daripada 60kg sehinggalah ke 49kg kerana? Nak tahu, korang kenalah baca artikel ni okay!

Trending Thu, 27 Dec 2018

OMG! Pantai Samila Bergegar Terkena Bom

Alhamdulillah…tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu.