Selebriti By: Atiqah Johari September 18, 2023 @ 3:39pm

Ambil Iktibar Hal Lalu, Zarina Anjoulie Enggan Terburu-Buru Soal Kahwin – “Masing-Masing Kena Jadi Lebih Baik”

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie berkongsi bahawa dia kini menjalin semula hubungan cinta bersama bekas tunangnya iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey.

Walaubagaimanapun, memetik laporan Harian Metro, Zarina atau mesra disapa sebagai Anju memaklumkan bahawa dia tidak mahu terburu-buru memikirkan soal perkahwinan.

Hal ini kerana dia berserah dan percaya kepada ketentuan jodoh itu aturan Allah SWT meskipun memiliki niat untuk berkahwin.

“Sudah bertunang balik dan alhamdulillah happy. Saya rasa sekitar bulan lepas. Dua-dua saling memujuk, mengalah, rindu. Kami dua-dua gila disebabkan itu boleh bergaul sangat baik.

“Anak dia sayang anak saya, begitu juga anak saya. Kami memang sudah cukup rapat. Malaslah lagi nak cari orang lain.

“Niat itu ada, tapi macam orang cakaplah jodoh itu di tangan Allah. Saya tak tahu. Mungkin akan menjadi, mungkin tidak. Apapun, pertama sekali kami masing-masing kena jadi lebih baik daripada kesilapan lalu,” ujar Anju.

Bukan itu sahaja, Anju juga mengakui dia mengambil pengajaran daripada hal lalu bagi memperbaiki diri dan hubungan.

“Belajar untuk bersabar, tak ulang buat silap yang sama. Selepas itu baru bincang kahwinkah atau macam mana. Yang penting itu nak kukuhkan diri sendiri dulu, kukuhkan hubungan kami.

“Kami nak ambil pendekatan perlahan-lahan. Satu langkah pada satu masa. Mungkin sebelum ini terlalu tergesa-gesa. Tiga bulan terus kemaruk cinta. Muhasabah diri dululah kan,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: Sambut Hari Jadi Dengan Anak-Anak, Zarina Anjoulie Sudah Bertunang Kali Kedua Dengan Elzey?

Artikel Berkaitan: Cinta Kembali Bertaut, Zarina Anjoulie Dedah Individu Cuba Kikis Duit Kekasih… Siap Bagi ‘Warning’!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Memang Cari Lelaki Poket Tebal…” – Serik Bela Biawak Hidup, Zarina Anjoulie Jawab Dakwaan Dah ‘Get Back’ Dengan Bekas Tunang

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Featured Wed, 19 Apr 2023

Rohana Jalil Semakin Kritikal Dalam ICU -“Dia Bernafas Menggunakan Bantuan Oksigen”

Allahu! Moga diberikan keafiyatan di bulan ramadan ini💖

Featured Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Thu, 18 Oct 2018
Hiburan Fri, 23 Aug 2019

Hisyam Hamid Rimas Di Set Filem Hantu?

Pengalaman berbeza kali ini.

Trending Wed, 10 Nov 2021

Keji & Terkutuk! 4 Abang Durjana Rogol Adik Berusia 13 Tahun Secara Bergilir Ditahan

Empat beradik lelaki yang disyaki merogol adik sendiri semenjak lebih tiga tahun lalu ditahan polis di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Difahamkan, mereka melakukan perbuatan keji terhadap mangsa berusia 13 tahun itu secara bergilir di rumah […]

Hiburan Fri, 31 May 2019

Zara Zya Segan Naik Pentas?

Betul ke ni Zara? Kami dengar suara awak sedap je…