Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 20, 2024 @ 6:01pm

‘Merindu’ Buah Tangan Madam Untuk Peminat

Kumpulan Rock Madam kembali dengan single terbaharu mereka yang berjudul, Merindu.

Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh kumpulan yang dianggotai oleh Putera (vokalis), Azuan (pemain bass), Herman (pemain dram) dan Fadhil (gitaris) turut diterbitkan oleh label hiburan paling sensasi, Rocketfuel Entertainment.

“Idea disebalik pembikinan lagu ini mula direncanakan sekitar bulan Mac tahun lepas lagi, namun disebabkan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, hasrat tersebut terhenti, dan disambung semula pada penghujung 2023,” kata Putera.

Single ini berkisarkan tentang merindui kehadiran orang tersayang, merindukan sentuhan, suara, merindui seseorang yang jauh di mata namun dekat di hati, gambaran rindu yang amat berat lagi mendalam.

“Kami mengambil masa selama 3 minggu untuk menghasilkan single Merindu ini, ia termasuk proses penulisan, adu campur muzik sehingga menjadi sebuah karya yang sempurna.

“Lagu Merindu masih mengekalkan irama rock namun ada elemen pop yang lebih moden, supaya lebih mudah mudah diterima oleh pendengar setelah lebih dari setahun kami tidak hadir dengan single baharu,” jelasnya.

Dalam pada itu, selaku Naib Presiden Rocketfuel Entertainment, Prem Anand berkata, lagu Merindu ini menampilkan sisi kumpulan Madam yang berbeza dan berharap mendapat tempat di hati peminat.

“Kami gembira dengan single terbaharu dari Madam dan berharap agar lagu ini mendapat tempat di hati peminat.

“Buat pendengar yang menantikan karya terbaharu daripada Madam, lagu ini adalah untuk anda. Lagu baru ini benar benar menampilkan sisi Madam yang berbeza,” katanya.

Selain itu, Madam juga turut melancarkan video muzik untuk single terbaharu mereka itu dengan jalan cerita yang tidak terlalu berat, cukup sekadar menunjukkan perasaan seseorang apabila merindu kekasihnya, pasti terkenang memori indah bersama.

“Kami berharap agar pendengar dapat mengenali band Madam dengan lebih lagi kerana lagu ini merupakan ciptaan kami yang kedua setelah single Nona lebih setahun lalu.

“Terima kasih buat semua peminat yang terus menyokong dan menanti karya terbaharu kami, semoga Madam kekal di dalam industri muzik sehingga hujung nafas kami,” kata Fadhil.

Lagu Merindu boleh dimuat turun di iTunes dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Tiada Lagi Bulan Di Mentor Milenia 2019, Apex Tajuddin Kekal Juara Kali Kedua

Minggu ini mereka akan berduet dengan artis jemputan, jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan protege-protege dan jangan lupa undi ok?

Featured Tue, 2 Aug 2022

“Penat Nak Berpura-Pura” – Amelia Henderson Beri Bayangan Hubungan Dengan Aedy Ashraf Berakhir, Netizen Mohon Lebih Profesional!

Ciapan yang dibuat oleh pelakon Aedy Ashraf di laman Twitter miliknya baru-baru ini mencetuskan tanda tanya terutamanya mengenai status hubungannya bersama aktres Amelia Henderson. Kali ini peminatnya pula berasa kecewa dengan dakwaan tersebut kerana menganggap […]

Hiburan Mon, 4 May 2026

Haniff Hamzah Sertai Hot FM, Bergandingan Dengan Fizi Ali Dalam ‘Hot Vibe Club’

Hot FM memperkenalkan Haniff Hamzah sebagai wajah baharu stesen itu.

Hiburan Sat, 16 Nov 2024

“Terima Kasih Vanessa Menyanyikan Lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ Secukupnya… Tiada Kurang Atau Berlebihan” – Misha Omar

Misha Omar ucap terima kasih kepada Vanessa bawa lagi Masihkah Ada Rasa Itu di #SFMM39

Trending Wed, 6 Jul 2022

Yasin Sulaiman Terlepas Hukuman Gantung, Lepas Tanpa Bebas Daripada Tuduhan Edar Ganja

Alhamdulillah, bagaimanapun Yasin masih didakwa atas 2 pertuduhan lain

Hiburan Thu, 19 Jun 2025

Penyanyi Dangdut Popular, Zaleha Hamid Meninggal Dunia

Salam takziah diucapkan buat seluruh seisinya.

Events Tue, 27 Aug 2019

《春天花花花啦啦》开拍!与陈慧恬对戏原腾直呼「没得选」

八度空间《春天花花花啦啦》开拍!四演员加盟「花啦啦」系列,新人原腾将与陈慧恬对戏,让他直呼:没得选!

error: Content is protected !!