Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi February 21, 2024 @ 7:51pm

“Saya Tiada Bisnes, Berlakon Saja Sumber Pendapatan Saya” – Azri Iskandar Tak Perlukan Bantuan Walau Tak Ada Job

Baru-baru ini pelakon Azri Iskandar mendedahkan dia kini tidak mendapat sebarang tawaran berlakon selain mendakwa namanya sering ditolak oleh pihak stesen televisyen (TV).

Jelas Azri lagi, dia turut menepis dakwaan perkara tersebut terjadi gara-gara kontroversi kisah percintaan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN:  Tiada Job Berlakon, Azri Iskandar Dakwa Nama Ditolak Stesen TV – “Lakonan Saya Yang Mana Tak Bagus?”

Tidak tahu apa puncanya, Azri tetap positif dengan apa yang terjadi malah rakan-rakan juga ada menghubunginya bertanya khabar.

Menurut pelakon drama Pemburu Rahsia itu, dia juga memaklumkan tidak memerlukan sebarang bantuan kewangan.

“Buat masa ini tiada lagi yang hubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Cuma ada kawan-kawan yang tanya mengenai keadaan saya.

“Mereka masih dengan saya dan macam biasa. Mereka tahu walaupun saya tiada job, bukan sebab saya tak nak tetapi stesen TV yang tak bagi. Saya sentiasa ada.

“Saya tak perlukan bantuan itu. Kalau nak bantu saya, kena banyak pakai duit. Kalau setakat RM10, Rm20 simpan,” katanya kepada pemberita.

Ditanya apakah aktiviti yang dilakukannya sekiranya tidak mendapat sebarang job, ini jawapan bekas suami kepada pelakon Ellie Suriaty itu.

“Saya tiada perniagaan yang lain. Lakonan sahaja sumber pendapatan saya.

“Kalau saya tiada job macam sekarang, saya buat benda yang saya suka seperti membaca dan ada bersenam sedikit. Buat apa yang saya nak,” kongsinya.

Tambah Azri, anak-anaknya juga tahu-menahu soal masalahnya itu, malah memaklumkan bekas isterinya itu akan bantu sekiranya dia perlukan bantuan.

“Anak-anak saya tahu masalah saya.

“Ellie buat masa sekarang dia tiada menghubungi saya. Tapi kalau apa-apa, biasanya dia akan tolong kalau saya perlukan bantuan. Dia akan tolong,” tutupnya.

Terdahulu, Azri dalam program hiburan popular TV3, Melodi mendedahkan dia tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon.

Ellie dan Azri disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei 2022.

Untuk rekod, Azri dan Ellie dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15.

Sebelumnya, Azri menerusi perkahwinan terdahulu mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 32, Farah Qistana, 30, Nur Anis Mastura, 28.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Oct 2018

Suunto 9 Menampilkan Fit Intelligent Technology

Mempunyai pelbagai teknologi pintar seperti bateri pintar yang direka untuk bertahan sehingga 120 jam, peringatan pintar dan ciri Suunto’s FusedTrack, yang menggabungkan GPS dan data sensor

Hiburan Sat, 17 Mar 2018

Awi Rafael dan Atikah Suhaime Bertunang

Artis jelita berusia 27 tahun itu menulis bahawa dirinya percaya Tuhan akan mempermudahkan segala perancangan, tanpa menjelaskan lebih lanjut berhubung perkara itu.

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Hiburan Wed, 29 May 2024
Featured Mon, 20 Feb 2023
Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Ustaz Kazim Elias Masih Lemah, Belum Mulakan Aktiviti Ceramah

kemunculan Ustaz Kazim dalam sesi siaran langsung baru-baru ini adalah atas komitmen menyampaikan taklimat.

Trending Mon, 21 May 2018
error: Content is protected !!