Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir February 21, 2024 @ 3:17pm

Bergelar Suami & Bapa Diusia Muda, Harris Alif Tak Buat-Buat Jadi Matang

Pelakon Harris Alif memberitahu dia menjadi lebih matang selepas bergelar suami dan bapa pada usia muda dan melalui pelbagai fasa dalam kehidupan.

Memetik laporan Harian Metro, meskipun Harris baru berusia 24 tahun, dia dipuji kerana peribadinya yang teratur berbanding rakan seusianya.

“Sebenarnya bukan saya saja tapi semua orang. Apa yang mematangkan kita, menerusi apa yang sudah dilalui atau ditempuhi oleh seseorang individu itu sendiri.

“Sebab setiap benda, setiap ujian ke apa, benda yang kita lalui, itulah dia macam ujian yang mematangkan seseorang. Proses yang dilalui itu menjadikan seseorang itu lebih matang dari usianya,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kematangan seseorang individu itu datang secara semula jadi dan tidak dapat dibuat-buat.

“Sebab itulah dia tak ada macam nak buat-buat matang ke dia tak boleh. Ini semua bukan boleh dibuat-buat. Ini kerana semua proses ini berlaku secara semula jadi,” katanya. 

Untuk rekod, Harris mendirikan rumah tangga dengan pelakon Intan Ladyana pada Februari 2021 ketika usianya 21 tahun.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Evie Khadeeja yang kini berusia 2 tahun.

Selain itu, Intan kini sedang hamil cahaya mata kedua dan bakal menimang anak lelaki tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Mon, 29 Jul 2019
Featured Wed, 28 Jan 2026

Kenyataan ‘Bukan Semua Ustaz Kerja Kacau Atau R*g*l Wanita’ Dikecam, Ini Jawapan PU Rahmat

PU Rahmat dikritik selepas memadam hantaran yang telah dimuat naik menerusi platform media sosial miliknya.

Featured Fri, 28 Jun 2024
error: Content is protected !!