Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 28, 2026 @ 11:07am

Kenyataan ‘Bukan Semua Ustaz Kerja Kacau Atau R*g*l Wanita’ Dikecam, Ini Jawapan PU Rahmat

Pendakwah bebas yang juga peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) PU Rahmat dikritik selepas memadam hantaran yang telah dimuat naik menerusi platform media sosial miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, PU Rahmat menitipkan pesanan kepada bakal isteri sekali gus meluahkan pandangan peribadinya berhubung isu tular berkenaan tindakan tidak bermoral melibatkan golongan pendakwah.

“Dear bakal isteri, satu je saya minta awak faham. Bukan semua Ustaz atau pendakwah kerja dia kacau wanita apatah lagi rogol wanita” katanya.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang berpendapat tindakan sedemikian tidak seharusnya dilakukan oleh seorang pendakwah selebriti apatah lagi ketika isu tersebut hangat diperkatakan.

Menyedari teguran diberikan, PU Rahmat tampil menjelaskan berkenaan hantarannya itu.

Jelasnya, dia memadam hantaran tersebut sebaik sahaja di muat naik kerana menghormati pendakwah mahupun ustaz lain di luar sana selain menganggap tindakannya itu sebagai jentikan hati.

“Sengaja saya delete sebab kesian dekat PU soleh lain yang mungkin tak selesa dengan ayat saya.

“Ramai PU lain atau ustaz selebriti yang lain ada isteri yang solehah dan mereka terkesan bila isu Da’i Syed. Kita mungkin boleh boleh cakap ‘Dah suami kau tak buat salah, yang kau terasa kenapa?’.

“Entahlah, barangkali terasa bukan sebab bersalah tetapi hanya jentikan hati.

“Macam kes Panglima Tentera Darat yang terpalit isu rasuah dan kita kutuk golongan tentera korup. Ada juga sarjan di kampung terasa sakit hati,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Hiburan Sat, 4 May 2024
Selebriti Tue, 3 Oct 2023
Hiburan Sun, 3 Mar 2024
Hiburan Mon, 15 Jan 2024
Eat Travel Mon, 24 Dec 2018

Jom Buat Cream Puff Versi ‘Cookies & Cream’! Ini Resipinya

Berikan kelainan kepada snek klasik ini. Gerenti nak lagi!

error: Content is protected !!