Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi February 22, 2024 @ 1:00pm

Cuba Wujud Kerajaan 9 Kepada Pengikut, Pihak Berkuasa Pantau Kegiatan Mawla Amin

Baru-baru ini kecoh mengenai isu seorang lelaki dikenali Mawla Amin yang mendakwa sebagai warga Maghribi dan berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad SAW dipantau pihak berkuasa di negara ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan polis akan memantau daripada aspek ketenteraman awam membabitkan individu berkenaan termasuk pengikutnya.

“Setakat ini terdapat dua perkara berbangkit iaitu sekiranya aktiviti yang dilakukan bersifat keagamaan dan elemen pelanggaran terhadap apa-apa juga undang-undang dan enakmen, tindakan adalah di bawah polis dan pihak agama negeri,” katanya.

Tambah Saifuddin, individu berkenaan juga sering keluar masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan berada di negara ini selama 90 hari.

Mengikut rekod, lelaki itu adalah warga Algeria dan menggunakan pasport perjalanan Perancis.

Dalam pada itu, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menghalang apa juga aktiviti membabitkan individu dikenali sebagai Mawla Mohamed Amin al-Hassani itu.

Hasil pemantauan, Jais mendapati sebuah madrasah di negeri itu disyaki sebagai hos kepada individu terbabit sepanjang berada di Selangor, tahun lalu.

“Sepanjang 2023, Jais menghalang penganjuran apa-apa bentuk aktiviti membabitkan individu terbabit di Selangor.

“Jais tidak berkompromi dengan mana-mana individu atau pihak terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan perkara yang mendatangkan keraguan sehingga menjadi fitnah kepada Islam keseluruhannya.

“Kami menyeru semua umat Islam di Selangor lebih berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan perkara meragukan seumpama ini,” kata Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Terdahulu, media melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau kegiatan seorang lelaki mendakwa warganegara Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai ‘Mawla Amin’ yang mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

Seorang mudir sebuah madrasah di Selangor yang turut aktif mempromosi Mawla Amin mengutip dana awam secara tidak sah selain cuba mewujudkan satu penempatan Kerajaan 9 di Melaka sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikutnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata PDRM sedang memantau pergerakan Mawla Amin dan pengikutnya termasuk madrasah itu yang beroperasi di Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berdiam Itu Lebih Baik” – Umie Aida Mohon Bersangka Baik, Harap Isu Maula Diselesaikan Cara Baik

Sumber: Berita Harian Harian Metro 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Aug 2025
Trending Thu, 21 Feb 2019

人因自信而美丽!时尚达人系列中的身障芭比娃娃

人因自信而美丽!今年 6 月,芭比娃娃将推出坐着轮椅以及有着可拆卸义肢的芭比娃娃,作为芭比时尚达人系列的一部份。

Events Sun, 29 Jun 2025

Bilal Indrajaya Pembuka Tirai Panggung Purnama: Fasa 1 ‘Main Kasar’ Di Zepp KL

Bilal Indrajaya, yang diumumkan sebagai pengisi utama bagi fasa pertama ‘Main Kasar’ menjelang konsert

Hiburan Thu, 5 Oct 2023

Siti Nordiana Akui Emosi Terganggu Kes Saman Lima Sekawan, Pilih Cari Ketenangan Di Masjid

Mestilah terganggu kan.. Semoga dipermudahkan urusan Siti Nordiana

Events Tue, 7 Aug 2018

Saksikan Ketibaan Kapal Equanimity Milik Jho Lo Tiba Di Pelabuhan Klang Hari Ini

Kapal Equanimity milik Jho Lo tiba Di Pelabuhan Klang hari ini. saksikan siaran secara langsung sekarang!

Hiburan Sun, 23 Feb 2025
Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Bapa Faradhiya Meninggal Dunia

Innalillah wa inna ilaihi roji’un…

error: Content is protected !!