Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 26, 2024 @ 2:20pm

Alya Iman Alami ‘Sleeping Disorder’, Dedah Anggota Bomba Datang Rumah Gara-Gara… – “Keadaan Ini Bukan Disengajakan”

Pelakon Alya Iman mendedahkan dirinya berdepan masalah ‘sleeping disorder’ sejak kecil meskipun tidak kerap berlaku.

Menurut Alya, rumahnya pernah didatangi anggota bomba kerana menerima aduan daripada individu yang cuba menghubungi dirinya, berulang kali, namun, panggilan tidak berjawab dek kerana ‘tidur mati’.

“Keadaan ini bukan disengajakan. Saya tahu, ada pihak kecam saya dan mendakwa saya menyusahkan kru produksi apabila lambat pergi ke set penggambaran.

“Fikirlah, kalau sengaja, tidaklah sampai anggota bomba datang ke rumah. Ketika itu, saya tidur lena dan apabila orang ketuk pintu berulang kali, saya tidak bangun. Mungkin ketika itu, saya terlalu letih.

“Namun, kadang-kadang terjadi insiden saya tidur biasa dan cukup, bukan tidur lambat. Namun, saya masih tidak sedarkan diri apabila tidur,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, Alya menyatakan hanya keluarga dan individu yang mengenali dirinya secara rapat tahu masalah ‘sleeping disorder’ dialaminya itu.

“Saya teringat, sebelum kes anggota bomba datang rumah, ada juga orang lain yang pernah datang dan pecahkan pintu rumah. Ketika itu, arwah ayah saya masih ada.

“Ketika kecil, saya pernah berjalan sambil tidur atau ‘sleep walking’ sampai ‘temani’ arwah abah tonton perlawanan bola sepak pada awal pagi,” jelasnya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Alya menyatakan dia telah menyerahkan kunci kediamannya kepada pengurusnya agar masalah tersebut tidak berulang lagi.

“Saya juga menetap bersama teman baik, dia akan kejutkan saya jika terjadi apa-apa,” katanya.

Alya bagaimana pun tegas menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan masalah tidur yang dialaminya itu adalah kesan sampingan dari pengambilan bahan terlarang.

“Saya perasan pelbagai spekulasi muncul apabila video yang menceritakan insiden anggota bomba datang rumah, dikongsi. Saya mahu tegaskan, saya tidak ambil apa-apa bahan terlarang,” jelasnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Nov 2024

“Saya Bangga Dengan Mereka Walaupun Lebih Berpengalaman” – Aedy Ashraf

Aedy Ashraf mengaku komitmen serta disiplin yang ditunjukkan pelakon baru wajar diberi pujian

Featured Tue, 21 Oct 2025

Kongsi Tarikh Lahir Sama, Da’i Syed Selamat Timang Anak Kedua

Meskioun jantina bayi masih dirahsiakan namun Da’i Syed nekad untuk menyembelih dua ekor kambing.

Trending Wed, 19 Dec 2018

Sajat Kena Denda?

Semoga Sajat mengambil iktibar daripada apa yang berlaku

Hiburan Tue, 7 May 2024
Trending Sun, 5 Aug 2018

Lombok Di Landa Gempa Bumi 7.0 Skala Richter

Lombok sekali lagi dilanda gempa bumi dan kali kekuatan 6.8 pada skala Richter Ahad, 5 Ogos 2018 jam 6:46 ptg

Hiburan Wed, 2 Apr 2025
Hiburan Tue, 4 Oct 2022
Trending Mon, 13 Jun 2022

[VIDEO] “Dia Lagi Penang Daripada Baba Dia” – Comelnya! Netizen Terhibur Dengan Loghat Jebat Jayden

Jebat Jayden sekali lagi mencuitkan hati orang ramai dengan gelagat lucunya.

error: Content is protected !!