Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 26, 2024 @ 4:59pm

Penyanyi Cilik Amir Sisi Muncul Dengan Lagu ‘Ayah Ibu’

Penyanyi cilik Amir Sisi kini muncul dengan single pertamanya yang berjudul, Ayah Ibu

Lagu yang mendapat sentuhan komposer terkenal Ikhwan Fatanna itu mengisahkan tentang pengorbanan ayah dan ibu dalam membesarkan anak – anak yang dekat dengan kehidupan Amir dari pedalaman.

Single yang pertama ini juga merupakan hadiah daripada Rocketfuel Entertainment untuk penyanyi yang baru berusia 13 tahun itu di atas kemenangan beliau dalam program realiti yang pernah disertainya sebelum ini.

Proses rakaman lagu ini juga agak mencabar memandangkan Amir masih lagi bersekolah dan tinggal di kawasan pedalaman yang agak jauh dari Kuala Lumpur.

Menurut En. Prem Anand, selaku Naib Presiden Rocketfuel Entertainment, Amir mempunyai potensi untuk mengembangkan lagi bakatnya dalam bidang nyanyian.

“Kami telah menyedari potensi Amir semenjak kemunculan pertama Amir dalam sebuah program realiti, dan pihak kami terus mengikuti perkembangannya sehingga tamat program.

“Apabila Amir dinobatkan sebagai Juara, kami merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk terus membantu mengembangkan bakatnya.

“Amir juga merupakan salah seorang artis rakaman di bawah naungan syarikat pengurusan Rocketfuel Entertainment,” katanya.

Dalam pada itu, Amir turut meluahkan rasa teruja dan gembira diberi peluang untuk menyanyikan lagu yang dicipta khas untuknya itu.

Malah, dia turut berharap lagu itu mampu memberi kesan yang baik kepada pendengar.

“Saya rasa sangat gembira dan teruja dengan lagu ini sebab ini merupakan single pertama saya. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada saya khasnya kepada ibu bapa, cikgu-cikgu dan rakan-rakan yang ada bersama sejak dari mula sehingga ke hari ini.

“Terima kasih juga kepada pihak Rocketfuel Entertainment kerana percaya dengan saya dan memberikan peluang untuk menghasilkan lagu ini.

“Perasaan ini sangat sukar digambarkan dengan kata kata jadi saya berharap agar lagu ini dapat memberi kesan yang baik kepada semua dan mesej yang disampaikan dapat diterima ramai.

“Teruskan memberi sokongan yang padu dan saya berjanji akan sentiasa membanggakan ibu dan ayah saya,” jelasnya

Lagu ‘AYAH IBU’ boleh dimuat turun di iTunes dan Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 Mar 2022
Hiburan Thu, 22 Aug 2019

LOONA’s Huge Popularity in KCON USA, Billboard Declares Them as Global Rookie

Orbits prove that stanning LOOΠΔ was never a mistake and it shows! Congratulations LOOΠΔ!

Hiburan Thu, 23 Apr 2026

Cromok & Barbarik Bergabung Dalam Konsert ‘Black On White’, Janji Pengalaman Luar Biasa

Cromok dan Barbarik bakal berkongsi pentas menerusi konsert Black On White Cromok-Barbarik yang dijadualkan berlangsung pada 27 Jun ini.

Hiburan Thu, 11 May 2023

“Tiada Istilah Hilang Fokus..” – Ashmirul Memilih Untuk Berlakon & Menyanyi Dalam Masa Yang Sama

Industri seni tempatan menyaksikan kemunculan pelapis yang mahu menyanyi dan pada masa sama, berlakon. Bagi penyanyi baharu, Ashmirul atau nama penuhnya Amirul Ashraf Shafaruddin, perkara tersebut terpulang kepada diri sendiri, tepuk dada tanya selera. Menurutnya, […]

Trending Thu, 8 Sep 2022
error: Content is protected !!