Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 21, 2023 @ 10:34am

Bantu Bapa Kehabisan Minyak Motosikal Di Hari Pertama Persekolahan, Sikap Mulia Yana Samsudin & Fadzil Zahari Dipuji

Pasangan pelakon Yana Samsudin dan Fadzil Zahari tampil meraih pujian dalam kalangan peminat selepas membantu seorang bapa yang kehabisan minyak motor di hari pertama sesi persekolahan, semalam.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh lelaki yang bernama Amirul Ridzuan menerusi ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh Yana di Instagram.

Menurut Amirul, dia tidak sangka kedua-dua pasangan itu sanggup membantunya menghantar kedua-dua anaknya ke sekolah.

Malah, sikap mulia Yana dan Fadzil itu turut dipuji apabila mereka juga membantunya sehingga urusannya selesai dan sempat memberikan sumbangan kepada anak lelaki itu.

Menyedari luahan perasaan lelaki itu, Yana turut meluahkan rasa syukurnya dapat bertemu dengan lelaki itu dan mendoakan kesejahteraan buatnya sekeluarga diiringi tanda pagar pengorbanan seorang ayah.

“Ya Allah… kami suka Allah jodohkan kita bertemu! Demi Allah kami rasa seronok snagat pagi ni… ada lah tu awak doa apa apa pagi ni.. rezeki datang berbeza beza kan?

“Hahahaha jaga diri bersama family!! Satu je saya nak cakap… awak lah HERO sejati di mata anak anak awak!!!!!!! #PengorbananSeorangAyah semoga anak anak awak menjadi anak yang soleh amin amin,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 30 Apr 2020
Hiburan Wed, 17 Apr 2019

‘DETAIL’ Buah Tangan Terbaharu Alif & SonaOne

Anda sudahpun mendengar lagu pertama mereka berjudul “Obvious” dan ini diikuti dengan persembahan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu lewat “Pun Boleh” yang penuh bertenaga.

Featured Wed, 28 May 2025
Events Tue, 21 Jan 2020

林明祯直呼演戏没偶包!获导演大赞演技

林明祯挑《新年泰疯狂》女主角直呼没偶包豁出去,获导演戴敏非大赞演技!

error: Content is protected !!