Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 17, 2019 @ 12:53pm

‘DETAIL’ Buah Tangan Terbaharu Alif & SonaOne

Alif dan SonaOne secara rasminya melancarkan album sulung mereka berjudul DETAIL, baru-baru ini. Album yang menyaksikan keajaiban kolaborasi antara dua bintang rap dan penerbit yang telah merangkul pelbagai anugerah itu menampilkan 15 buah lagu yang boleh dianggap sebagai sebuah mahakarya sonik.

Percayalah: DETAIL sarat dengan lagu-lagu hit yang hebat dan pasti menjadi halwa telinga para pendengar. Anda sudahpun mendengar lagu pertama mereka berjudul “Obvious” dan ini diikuti dengan persembahan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu lewat “Pun Boleh”yang penuh bertenaga.

Kedua buah lagu ini mempamerkan sekelumit sahaja kehebatan DETAIL yang lebih besar: Yang diadun oleh Jimmy Cash yang pernah menjadi jurutera bunyi buat mahakarya Travis Scott pada tahun 2018 iaitu Astroworld dan mendapat sentuhan ‘mastering’ oleh Chris Athens, yang pernah bekerjasama dengan Drake, Nicki Minaj,  Justin Timberlake serta David Guetta.

Setiap lagu di dalam album akan membawa pendengar ke dalam satu pengembaraan muzik yang disaluti ajnas warna dan irama menarik yang diselang-selikan dengan unsur pop, hip-hop, R&B serta soul.

Tapi ia tidak terhenti di situ: Alif dan SonaOne juga mengumumkan single ketiga DETAIL iaitu “Look Around”. Dengan rentak serta kata-kata hebat, anda juga dapat mendengar duo ini mencabar anda untuk menamakan jika ada yang lebih hebat lewat kata-kata – “Don’t believe me / Look around!

” Seperti lagu sebelumnya, “Look Around” merupakan sebuah lagu yang bakal menjadi siulan dan boleh dimainkan di pesta atau kelab serta dalam bilik anda sendiri. Berapa banyak lagu yang sudah selengkap ini dan siap dimainkan di sebuah keramaian atau kelab penuh bertenaga.

Dalam video muzik “Look Around”, yang diterajui Zulamran Hilmi, yang juga pengarah video muzik lagu ‘Sampai Jadi’ oleh ketua Kartel Joe Flizzow”, Alif dan SonaOne menikmati hasil karya mereka bersama saudara Kartel dari Singapura, iaitu Yung Raja serta Fariz Jabba.

Anda mahukan hit? Di sini ada 15, semua hebat dan bukan sekadar memenuhi ruang album. Itu garanti DETAIL. DETAIL kini boleh distrim/muat turun di semua platform digital. Pautan: https://lnk.to/DETAIL

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Jan 2020

‘Saya Rasa Diuji Ketika Di Tanah Suci’- Ernie Zakri

Sesungguhnya pengalaman di sana tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Events Thu, 25 Jul 2019

相隔8年再出发!欣彦「大玩性感」用音乐唱游亚洲

相隔8年Zyen欣彦再次以「芭莎公主」身份发行全新专辑,服装造型更是大露事业线,不惧走光!

Hiburan Tue, 5 Feb 2019
Trending Mon, 13 Jun 2022

“Saya Berdosa Urusan Saya Dengan Allah…” – Isteri Caprice Anggap Komen Negatif Seperti ‘Free Marketing’

Farra Inalis menganggap komen negatif sebagai free marketing perniagaannya.

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Pengusaha Kosmetik Di Luar Sana, Jom Debat!

Saya mencabar individu yang dikatakan ‘hebat’ dalam bidang berkaitan suplemen kecantikan ini membuktikan kesahihan dan keberkesanan produk yang dijual. Ayuh!

Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Radhi OAG- Ayu Cerai Talak Satu

Hakim Syarie Husaini Roslin memutuskan demikian selepas mendapati lafaz yang diucapkan Radhi terhadap Ayu pada 25 Mac lalu adalah sah dan mengikut syarak

Featured Wed, 19 Jun 2024
Featured Mon, 20 Jan 2025
error: Content is protected !!