Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin February 26, 2024 @ 8:10pm

Hasilkan Koleksi Busana Inspirasi Biduanita Saloma, Shanell Harun Teruja Bakal Buat Pertunjukan Fesyen Di Paris

Pereka fesyen tempatan popular, Shanell Harun teruja bakal mengadakan pertunjukan fesyen di lokasi yang terkenal dengan gelaran ‘kota fesyen’, Paris.

Menurut Shanell, ini merupakan kali pertama jenama fesyen miliknya mengadakan peragaan koleksi busana di luar negara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHANELL HARUN (@shanellharun)

“Ia merupakan impian ramai pereka untuk mengadakan pertunjukan fesyen di Paris kerana ia merupakan kota fesyen terulung dan tempat lahirnya jenama-jenama fesyen mewah. Ini merupakan kali pertama jenama saya buat ‘fashion show’ di luar negara.

“Saya mendapat jemputan pihak sana selepas mereka melihat bingkisan pertunjukan fesyen sempena ulang tahun ke-10 jenama Shanell Harun yang berlangsung tahun lalu. Mereka tanya adakah Shanell Harun berminat untuk mengadakan pertunjukan fesyen di sana? Sudah tentu saya menyatakan persetujuan.

“Selepas itu, kami terus merancang untuk keluar dengan koleksi fesyen baharu untuk Fall / Winter yang bakal dipersembahkan pada 1 Mac ini di Place Vendom, Paris,” kata Shanell.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHANELL HARUN (@shnllhrn)

Mengaku perasaannya bercampurr baur, koleksi terbaharu rekaan fesyen Shanell Harun di Paris mengambil inspirasi penyanyi tersohor Puan Sri Saloma

“Saya teruja, takut dan gementar. Saya sendiri tak tahu bagaimana penerimaan mereka terhadap koleksi busana yang saya hasilkan. Koleksi ini mendapat inspirasi Puan Sri Saloma dan ketika pertunjukkan fesyen berlangsung, kita akan memperdengarkan lagu-lagu klasik dendangan beliau.

“Ratusan ribu dihabiskan untuk terbang ke sana, kosnya agak besar kerana ia merangkumi tiket penerbangan, kos untuk membawa team Shanell Harun ke sana, makan, tempat tinggal, model serta persiapan pertunjukkan fesyen di sana,” katanya.

Tambah Shanell, dia menyimpan impian untuk mengembangkan jenama Shanell Harun di peringkat yang lebih tinggi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHANELL HARUN (@shanellharun)

“Harapan saya adalah saya mahu jenama saya setanding dengan jenama antarabangsa. Saya berharap pertunjukkan fesyen di Paris ini dapat membuka ruang dan peluang untuk saya melebarkan sayap di serata dunia.

“Sejujurnya, saya berpendapat ramai pereka fesyen Malaysia berbakat tetapi tidak dapat untuk melangkah mengharumkan nama Malaysia di persada fesyen dunia kerana kekangan kewangan dan masa. Saya berharap rakan-rakan seperjuangan saya dapat sama-sama melangkah mengembangkan bisnes serta identiti rekaan masing-masing di peringkat yang lebih tinggi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 13 Mar 2019
Gaya Hidup Fri, 17 Aug 2018

9 Mitos Diet Yang Mungkin Disalah Erti Selama Ini

Jom semak 9 mitos mengenai diet yang biasa anda dengar.

Featured Fri, 22 May 2020
Featured Thu, 18 Oct 2018
familuv Wed, 21 Dec 2022

Meerqeen Sakat Adik, Warganet Seloroh Harap Shaqeel Cepat Membesar Untuk Balas Dendam – “Nanti Buli Abang Pula Tau”

Pelakon sensasi, Meerqeen sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila gelagatnya bersama adik bongsu, Muhammad Shaqeel Shauqeen tular di media sosial. @meerqeen Sorry shaqeel #fyp #foryou ♬ suara asli – Langit Musik Indonesia Menerusi perkongsiannya di […]

Featured Fri, 28 Dec 2018
Gaya Hidup Wed, 28 Mar 2018

Letih Ketika Hamil? Ini 7 Makanan Terbaik Untuk Anda

Jika anda baharu saja disahkan hamil, tahniah kami ucapkan! Memandangkan anda bakal menjadi ibu, pasti anda tertanya-tanya tentang apa yang boleh dan tidak boleh dimakan.

Featured Sun, 10 May 2020

Boleh sambut perayaan, tetapi had maksimum 20 orang dan tidak boleh rentas negeri

PKPB dilanjut sehingga 9 Jun, larangan pergerakan rentas negeri kekal

Gaya Hidup Wed, 30 Oct 2019

Cemburu itu tandanya sayang, tapi cemburu buta boleh melayang nyawa!

Agak-agak pasangan kamu ada tak ciri-ciri ini?

Gaya Hidup Fri, 22 Mar 2019
error: Content is protected !!