Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops March 13, 2019 @ 9:00am

Mahu bungkus makanan, tapi malas beratur? Honestbee sedia membantu!

Letih selepas seharian bekerja membuatkan kebanyakan orang memilih untuk membeli makanan di luar berbanding masak di rumah.

Bayangkan, waktu bekerja tamat pada jam 6 petang, tersangkut pula dalam kesesakan lalu lintas lebih kurang sejam. Kemudian apabila tiba di rumah anda terpaksa menunggu ayam, daging atau ikan dinyahbekukan dan lazimnya, hanya pada jam 8 malam, baru mula memasak. Jadi, jam berapa pula hendak makan?

Berikutan itu, ramai yang memilih untuk membeli makanan di luar berbanding masak di rumah. Bagaimanapun, anda mungkin terpaksa beratur panjang, menunggu lama atau bagi mereka yang mempunyai anak kecil, membungkus makanan sememangnya agak leceh.

Jangan bimbang kerana honestbee, ruang niaga dalam talian terkemuka di Malaysia, sedia membantu. Honestbee kini menambah perkhidmatan bawa pulang atau takeaway ke dalam senarai perkhidmatan penghantaran makanan mereka bagi memastikan pelanggan tidak perlu beratur panjang sekali gus dapat menjimatkan kos penghantaran untuk mendapatkan makanan.

servis penghantaran makanan

Foto: Honestbee

Pelanggan hanya perlu membuat pesanan makanan daripada beraneka pilihan makanan yang disediakan di dalam aplikasi honestbee dan kemudian pergi ke restoran berkenaan untuk mengambil makanan yang sudah disiapkan pada masa pilihan pelanggan. Oleh itu, pelanggan tidak lagi perlu beratur dan membayar caj penghantaran.

Menariknya, pelanggan mempunyai pilihan lebih 200 restoran yang tersenarai pada bahagian perkhidmatan TAKEAWAY.

Pengurus Besar Negara honestbee, Afzan Lutfi, berkata menerusi perkhidmatan yang ditawarkan pelanggan boleh menjimatkan masa menunggu dan tidak perlu membayar caj penghantaran untuk mendapatkan makanan mereka.

“Kami mahu memberi lebih kebebasan kepada pelanggan untuk menguruskan masa mereka. TAKEAWAY dilancarkan kerana kami memahami masa yang dibazirkan oleh pelanggan untuk menunggu makanan boleh dimanfaatkan untuk perkara lain.

“Bagi pihak restoran pula, mereka boleh menguruskan tempahan dengan lebih efisien sekali gus meningkatkan jumlah pesanan pelanggan,” katanya.

honestbee

Foto: JUICE Online

Untuk menggunakan TAKEAWAY, pelanggan hanya perlu membuka aplikasi honestbee, klik pada tab TAKEAWAY, pilih daripada senarai peniaga atau restoran yang disediakan dan pilih masa yang sesuai untuk mengambil makanan.

Pesanan notifikasi akan dihantar sebaik sahaja makanan itu siap untuk diambil. Anda hanya perlu menunjukkan nombor tempahan yang terdapat dalam aplikasi kepada peniaga berkenaan bagi mendapatkan makanan anda.

Waktu operasi TAKEAWAY tertakluk pada waktu perniagaan restoran pilihan anda. Pembayaran dilakukan secara dalam talian, menjadikan keseluruhan proses lebih lancar dan pantas.

Bagi pelanggan yang mengutamakan faktor Halal, honestbee kini menawarkan perkhidmatan Bungkus by honestbee, menjadikan honestbee sebagai syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran makanan pertama yang memberi penekanan terhadap isu Halal.

Bagi pelanggan yang mengutamakan isu Halal boleh menggunakan perkhidmatan honestbee tanpa was-was kerana segala proses daripada penyediaan hingga penghantaran ke rumah pelanggan, semuanya 100 peratus Halal dan sijil Halal diperolehi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 23 Jan 2018

Magis Alam di MaxOne Hotel Ubud

Jika merancang bercuti ke Bali dan ingin menginap di daerah Ubud yang kurang hiruk-pikuk kota, apa kata anda memilih Max One Hotel Ubud yang terletak di Jalan Raya Pengosekan Ubud, Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali.

Gaya Hidup Mon, 29 Jul 2019

Panjang umur seperti Tun M dan Tun Siti Hasmah, amalkan 22 tip ini!

Singkirkan aura negatif baru boleh hidup lama

Gaya Hidup Fri, 28 Dec 2018

Di Usia 92 Tahun Tapi Masih Hebat Gesek Biola, Ini Rahsia Gaya Hidup Sihat Tun Dr Siti Hasmah

Tun Dr Siti Hasmah, First Lady paling dikagumi dan disayangi rakyat!

familuv Fri, 23 Dec 2022

Kejutan Birthday Bonda Rozita, Aliff Syukri Hadiahkan Cincin Lebih RM25,000.. Netizen Tanya: “Tanda Harga Tu Memang Kena Tunjuk Ek?”

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan ulang tahun ibunya, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda dengan mengumpulkan hampir seluruh adik beradiknya.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff […]

Gaya Hidup Tue, 3 Dec 2019

Seni Meraikan Tetamu Jadikan Anda Tuan Rumah Disenangi

Tetapkan atur cara, pasti majlis meriah dan sempurna!

Gaya Hidup Sun, 20 Jan 2019

Enam bahasa tubuh yang sering dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat Jepun. No 2 dianggap aneh! 

Bahasa tubuh, salah satu cara menterjemahkan sesuatu tanpa perlu bertutur.

Featured Wed, 29 Apr 2020
Featured Sun, 12 Apr 2020
Featured Sun, 25 Nov 2018

Sebelum Ke Pejabat, Ibu Bapa Make Sure Stok Makanan Sentiasa Ada Sepanjang Cuti Sekolah!

So parents make sure stok makanan di rumah mencukupi supaya anak anda tidak ditinggalkan dalam kelaparan! 

error: Content is protected !!