Euforia Bola 2026
Hiburan By: Dhia Iwana February 27, 2024 @ 5:33pm

‘Cinta Setandan Pisang’ Bantu Lonjakkan Nama Eda Ezrin & Den Manjo

Siapa sangka lagu dalam dialek Kelantan mampu mencipta fenomena apabila ia berjaya diputarkan di stesen-stesen radio nasional negara.

Lagu ‘Cinta Setandan Pisang’ yang menampilkan pasangan duet sensasi Pantai Timur iaitu Eda Ezrin dan Den Majo telah mencapai lebih 900,000 tontonan di YouTube dalam masa satu bulan.

Eddie Hamid selaku komposer lagu ini menyifatkan kedua-dua penyanyi ini mempunyai suara yang baik khususnya untuk lenggok lagu dialek Kelantan dan oleh sebab itu mereka dipilih untuk menyanyikan lagu ciptaan terbarunya.

“Penampilan Eda serta Den dalam lagu ini kerana mereka bukan sahaja mempunyai suara yang baik untuk lenggok dialek negeri Kelantan, tetapi populariti mereka sebagai penyanyi top di kalangan penggemar lagu Pantai Timur membuatkan saya bersetuju memilih mereka,”kata Eddie.

Tambahnya ini bukanlah kali pertama Eda dan Den berkolaborasi bersama kerana sebelum ini mereka pernah bekerjsama menerusi lagu “Adik Jando Abe Duo’ dan ia telah mencapai 16 juta tontonan di media sosial.

Ujarnya lagi, ‘Cinta Setandan Pisang’ ini berkisar tentang kehidupan manusia yang sejak azali bukanlah insan yang sempurna.

“Lagu ini membawa maksud dalam setandan pisang itu bukanlah semuanya buruk dan begitu juga dengan situasi manusia yang sedang dilamun cinta atau hubungan suami isteri, sebaik mana pun hubungan mereka, mesti ada sedikit kekurangannya,” jelas Eddie.

@isz.zack_official Cinta Setandan Pisang – Eda Ezrin & Den Manjo #cintasetandanpisang #edaezrin #denmanjo #liriklagu #lagudikir #dikirkelantan #klatekito #lagunostalgia #lagujiwang #nostalgian8090an #iszackofficial ♬ Cinta Setandan Pisang – 𝑰𝒔.𝒁𝒂𝒄𝒌_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍

Eddie yang juga Pengarah Urusan Kijang Music berkata beliau ingin mengetengahkan lagu-lagu dalam dialek Kelantan ke peringjat arus perdana kerana beliau percaya lagu-lagu ini mampu mendapat tempat di hati pendengar muzik.

Sementara itu, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 29 dan Den Manjo atau Mohd Hafizudin Md Yusof, 27 meluahkan rasa syukur diberi kepercayaan dalam merakam lagu ‘Cinta Setandan Pisang’.

“Ini adalah lagu ketiga saya berduet dengan Eda Ezrin, dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada Abang Eddie.

“Dan saya dan Eda hanya mengambil masa sejam lebih saja untuk selesaikan proses rakaman,” ujar Den ketika ditemu bual.

Kedua-dua pelantun lagu ini yang merupakan anak kelahiran Kelantan dan telah bermula aktif menyanyi dari sekolah rendah.

“Harapan saya semestinya ingin menjadikan lagu “Cinta Setandan Pisang bukan setakat popular di kalangan peminat Pantai Timur, tetapi ia juga boleh memasuki pasaran arus perdana,” kata Eda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 27 Jun 2018

Sharnaaz Ahmad Perli Abang Terlajak Laris

Adakah Sharnaaz Ahmad mengeluarkan kenyataan tersebut dengan niat mahu memerli tindakan Abang terlajak laris?

Trending Fri, 3 Jul 2020
Trending Tue, 28 Dec 2021

Tampil Gandingan Intan Najuwa & Idris Khan, Penerbit Bersyukur Drama ‘Saat Kau Takluk Cinta Ini’ Trending

Penerbit Kembara Sufi Production Sdn Bhd, Jaja Ishak bersyukur apabila naskhah terbaharunya, Saat Kau Takluk Cinta Ini menerima pujian peminat. Menurut Jaja, peminat meminati jalan cerita yang ditampilkan dalam drama adaptasi novel berjudul sama nukilan […]

Hiburan Wed, 5 Feb 2025

Angkat Isu Keganasan Rumah Tangga, Hazreen Amreena Muncul Dengan Single ‘Yang Ku Punya’

Hazreen Amreena muncul dengan single baharu berjudul Yang Ku Punya.

Hiburan Fri, 25 Apr 2025

[VIDEO] “Hidup Ini Ada Penutupnya Juga” – Demi Keluarga, Misha Omar Pernah Terdetik Untuk Bersara

Misha Omar pernah terdetik untuk bersara demi ikut suami berhijrah ke luar negara

error: Content is protected !!