Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 23, 2026 @ 1:33pm

Da’i Syed Kekal Bersalah, Hukuman Penjara 10 Tahun & Tiga Sebatan Dikuatkuasakan Serta-Merta

Pendakwah selebriti, Da’i Syed, kekal disabitkan bersalah atas kesalahan merogol seorang wanita pada 2019 selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuannya dan mengekalkan sabitan serta hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen.

Memetik laporan mStar, difahamkan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan terhadap pemilik nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful kekal dan mula dikuatkuasakan serta-merta.

Keputusan berkenaan diputuskan oleh Hakim Datuk Adlin Abdul Majid selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak dalam prosiding rayuan yang difailkan tertuduh.

Menurut hakim, mahkamah berpuas hati keputusan Mahkamah Sesyen dibuat berlandaskan keterangan yang kukuh serta penilaian tepat terhadap keseluruhan kes pendakwaan dan pembelaan.

“Setelah meneliti keseluruhan hujahan serta rekod perbicaraan, mahkamah mendapati tiada sebarang kekhilafan dalam keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen.

“Hukuman yang dijatuhkan adalah munasabah dan setimpal dengan kesalahan dilakukan. Oleh itu, hukuman dikekalkan dan berkuat kuasa bermula hari ini,” katanya.

Bagaimanapun, peguam bela mewakili Syed, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff, memohon agar pelaksanaan hukuman ditangguhkan atas alasan isteri tertuduh baru melahirkan anak kedua pada tiga bulan lalu dan anak mereka masih kecil.

Permohonan tersebut dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Maizatul Munirah Abdul Rahman, yang berhujah mengatakan alasan dikemukakan tidak mencukupi memandangkan kesalahan yang dilakukan adalah berat dan memberi kesan besar kepada mangsa.

Imbas kembali, pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah bilik kondominium di I-City, Seksyen 7, Shah Alam pada jam 11.35 pagi, 11 September 2019.

Sumber: mStar

Kredit foto: mStar, Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Dec 2024

Berlangsung Meriah! Jadi Syurga Peminat Muzik Indie, 15,000 Pengunjung Banjiri Nyala Fest

Nyala Fest berlangsung dengan jayanya apabila dibanjiri oleh 15,000 pengunjung.

Featured Wed, 31 Jan 2024
Featured Fri, 24 Sep 2021
Trending Sat, 13 Apr 2019

Bas Pekerja Berlumba 12 Nyawa Melayang

12 mayat mangsa kemalangan itu sudah dituntut oleh keluarga, majikan dan kedutaan masing-masing dan dihantar pulang ke negara asal.

Trending Sat, 21 Dec 2019
Featured Fri, 3 Mar 2023
Trending Mon, 16 Sep 2019

Bayi Malang Meninggal Dunia Berpunca Daripada Jerebu

Salam takziah buat adik comel ini. Bahaya juga jerebu ni

Hiburan Mon, 21 Oct 2019

Dah Sampai ke Masjid Quba…Zarina Zainuddin Tunaikan Umrah

Semoga memperoleh umrah yang mabrur…

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

《娱协30》主题曲:重新改编《Star》

娱协成立踏入第30个年头,因此第14届的娱协奖特别改名《娱协30颁奖典礼》。自2000年开始,每一届娱协奖都有主题曲,经过筹委会讨论,今届的主题曲决定重新改编2008年(娱协成立21周年及第10届娱协奖)主题曲《Star》。

Featured Thu, 15 Dec 2022

Isteri Ebit Lew Keguguran Anak Kelima – “Allah Uji Sebab Sayang…”

Allahuakbar. Semoga kuat menjalani ujian ini dan segera diberikan kesembuhan

error: Content is protected !!