Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 1, 2024 @ 3:53pm

“Muka Cantik, Terdidik Dengan Ajaran Agama Tapi Sayang…” – Zarina Zainuddin Sedih Marissa Dania Jadi Isteri Nombor 2

Pelakon, Zarina Zainuddin mengakui kagum melihat kecantikan dan keperibadian puteri tersayang selebriti Abby Abadi, Marissa Dania.

Namun begitu, Zarina terkejut apabila anak yang dididik dengan ajaran agama sanggup menjadi isteri kedua, sedangkan boleh berkahwin dengan jejaka yang lebih berakhlak mulia.

“Mestilah terkejut anak Abby tu saya sendiri kagum dengan kecantikan dia dengan keperibadiaan dia terdidik dengan ajaran agama tak ada cacat celanya.

“Dia boleh kawin dengan orang bagus-bagus yang berakhlak bagus dan punya masa depan yang cerah tup tup jadi macam ni hati mak ayah mana yang tak hancur…,” tulisnya.

Sementara itu, Zarina sempat menitipkan pesanan kepada Marissa untuk memikirkan perasaan keluarganya sebelum membuat sebarang keputusan.

‘Sepatutnya wahai anak fikirkan dulu perjuangkan keluargamu dulu bahagiakan mak ayahmu beli apa dia nak rasa dulu duit titip peluh dia membesarkan kamu..

“Semoga Abby dan Norman tabah kuat semangat dan semuga Marisa yang manis dapat berfikir di sebalik lamunan yg panjang ..

“Sayang nak cinta-cinta ni tak bawa ke mana… Mak kau susah cari duit nak.. Sedih Cik Ina (panggilan Zarina) kau buat macam ni. Cik ina dah lalui jadi no 2 ni orang hina,” katanya lagi.

Zarina Zainuddin

Zarina berkata demikian menerusi ruangan komen portal hiburan, baru-baru ini.

Sebelum ini, Abby menjawab dakwaan berkenaan anaknya, Marissa yang telah menjadi isteri kedua kepada jejaka bernama Aslam.

Menurut Abby, dia berpendapat bahawa Aslam tidak mampu untuk berpoligami.

Dalam pada itu, Abby turut meluahkan isi hatinya mengatakan Marissa sudah berubah meskipun dijaga serba serbi cukup dengan bimbingan agama.

Terdahulu, Marissa yang juga merupakan anak selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi didakwa telah menjadi isteri kedua kepada Aslam dalam satu majlis pernikahan berlaku di Songkhla, Thailand.

Berita perkahwinan tersebut disahkan oleh kakak Misya, Nadiah Mazlan yang mengatakan Marissa dan Aslam bernikah tanpa pengetahuan adiknya, serta tidak diketahui oleh Norman dan Abby.

Bagaimanapun, Misya seakan reda apabila rumah tangganya diuji sebegini rupa dan meneruskan kehidupannya seperti sedia kala tanpa lekang senyuman di bibir.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Masih Rasa Bersalah Kacau Hak Madu, Zarina Zainuddin Titip Pesanan Pedas Pada Wanita Miang! – “Kes Saya Berbeza…”

Artikel Berkaitan: “Bila Masa Saya Kata Marissa Kena Buatan Orang?” – Abby Abadi

Artikel Berkaitan: Anggap Aslam Tak Mampu Berpoligami, Abby Abadi Luah Marissa Dania Berubah 360 Darjah – “Sampai Tahap Itu Dia Boleh Buat”

Artikel Berkaitan: Marissa Dania Nak Sertai Bisnes Tapi Introvert Dikritik Ramai, Respons Sharnaaz Ahmad Pula Curi Perhatian

Artikel Berkaitan:Seakan Reda Dimadukan Dengan Marissa Dania, Status Misya Mazlan Curi Perhatian – “Sesulit Apapun Keadaan, Ajar Hati Untuk Tak Membenci…”

Artikel Berkaitan: Kecewa Aslam Kahwini Marissa Dania, Kakak Dedah Misya Jauhkan Diri Dari Keluarga… Derita Hingga Jatuh Sakit – “Jiwa Tenang, Air Mata Tak Ada”

Artikel Berkaitan: Dakwaan Kahwin Lari Di Songkhla Tular, Marissa Dania ‘Unfollow’ Norman Hakim & Abby Abadi?

Artikel Berkaitan: Kakak Isteri Pertama Sahkan Marissa Dania Kahwin Dengan Aslam Di Thailand Sebagai Isteri Kedua!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2024

“Sempurnakanlah Bacaan Ibuku, Jadikan Al-Quran Sahabatnya” – Nora Danish

Nora Danish berdoa kisah hijrah dan bacaan Al-Quran ibunya lancar

Events Tue, 12 Mar 2019

37年创作版税仍在收!罗大佑420来马开唱

《童年》37年前创作,版税至今仍在收!罗大佑4月20日来马,以全新演绎方式唱给你听~

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Anna Jobling, Julia Farhana & Muhsin Nadzli Bintangi Filem Raya ‘Tak Terjawab’, Timbalan Perdana Menteri Turut Buat Penampilan Istimewa Dalam Naskhah Sarat Emosi

Anna Jobling, Julia Farhana & Muhsin Nadzli menjadi tunjang utama filem pendek Aidilfitri 2026 berjudul Tak Terjawab. Siap ada penampilan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga & Transformasi Air!

Events Mon, 25 Nov 2019

妇唱夫随!李李仁为陶晶莹站台献大马处女唱

陶晶莹演唱会引领全场走入时光隧道,特别嘉宾「姐夫」李李仁也卯足全力,以吉他为爱妻伴奏,随后又开口献唱,夫妇俩携手上演一场游走弹唱的甜蜜戏码!

Trending Thu, 9 Apr 2020
Trending Tue, 10 Nov 2020
Hiburan Sun, 24 Dec 2017

Tak Percaya Iqram Dinzly ‘Sakit’

Erma Fatima Tak Percaya Iqram Dinzly ‘Sakit’

Trending Mon, 27 Jul 2020
error: Content is protected !!