Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi February 29, 2024 @ 11:50am

Didakwa Menyalahkan Pihak Kerajaan Susulan Penutupan Restoran Miliknya, Ustazah Asma’ Harun Tampil Perjelas

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun mengumumkan perniagaan restoran miliknya terpaksa ditutup atas faktor kerugian.

Malah, Asma’ juga memaklumkan pihaknya terpaksa meminjam, mengeluarkan wang simpanan, serta menjual aset dan barang kemas untuk menampung segala kerugian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Mampu Tanggung Rugi Setiap Bulan, Ustazah Asma’ Harun Tutup Restoran Miliknya – “Kami Terpaksa Pinjam & Jual Barang Kemas”

Terbaharu, Asma’ tampil dengan satu kenyataan dengan menjelaskan lebih lanjut mengenai penutupan premis restoran miliknya itu selepas ada pihak yang membuat tanggapan buruk terhadapnya.

Menurut Asma’, dia menerima semua yang terjadi dengan lapang dada dan menyifatkan untung rugi dan jatuh bangun adalah perkara biasa dalam perniagaan.

“Momen Kafe dibuka pada 23 Februari 2023. Premis kedua Momen dibuka pada 25 November 2023 kerana kehadiran pelanggan yang semakin ramai. Operasi Momen di kedua-dua buah premis ditutup pada 26 Februari 2024.

“Di peringkat awal, kami menerima pelbagai komentar, kritikan dan saranan untuk penambahbaikan, Sama ada dari kualiti makanan atau perkhidmatan.

“Kami terima dengan lapang dada dan terus berusaha menambah baik dari semasa ke semasa. Sedikit pun kami tidak membangkang atau menidakkan, diraikan semuanya. Mohon maaf kepada pelanggan yang ada pengalaman pahit dengan kami,” tulis Asma’ dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Asma’ turut meluahkan rasa terkilan apabila ada sesetengah pihak mendakwa dia menyalahkan pihak kerajaan susulan penutupan restoran miliknya itu.

“Sangat terkilan apabila banyak pihak yang memutarbelit, menokok tambah dan memberi gambaran bahawa seolahnya saya menyalahkan pihak kerajaan, susulan kenyataan saya bahawa kenaikan harga barang yang menjadi antara faktor kerugian.

“Saya mohon hentikan kenyataan berbaur fitnah ini. Saya tidak pernah sekalipun menyebut walau sepatah perkataan yang mengaitkan pihak kerajaan dengan situasi ini.

“Kenaikan kos sara hidup adalah isu global, bukan hanya di negara Malaysia. Bahkan di Tanah Suci Makkah, Madinah juga harga makanan turut naik mendadak,” jelasnya.

Menurut Asma’ antara faktor utama kerugian ialah penetapan harga yang tidak tepat seiring kenaikan kos bahan mentah semasa.

Tambah Asma’ lagi, kebajikan pekerja tetap diutamakan biarpun perniagaan restoran yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan itu kini ditutup.

“Walaupun Momen Kafe ditutup, kebajikan mereka tetap kami jaga. Mereka akan dipindahkan ke syarikat lain di bawah cabang perniagaan saya.

“Sepanjang beroperasi, Alhamdulillah Momen Kafe tidak pernah lewat membayar gaji pekerja, termasuk caruman EPF, Socso, sewa, utiliti dan kos-kos tetap lain, dilakukan melalui pinjaman dana daripada Galeri UAH. Sehinggalah Galeri tidak lagi dapat menampung kos keperluan Momen Kafe.

“Inilah realiti sebenar dunia perniagaan, bergelut dengan pelbagai isu dan cabaran. Saya berharap selepas ini, kita lebih memahami situasi peniaga apabila mereka terpaksa menaikkan harga dalam apa jua bentuk perniagaan dan perkhidmatan,” tutupnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Featured Sat, 20 Aug 2022

Tersilap Panggil Anak Elisya Sandha ‘Boy’, Neelofa Mohon Maaf – “Saya Tidak Fokus Ketika Komen”

Saya sudah jelaskan pada Elisya yang saya tersilap taip – Neelofa

Hiburan Mon, 6 Apr 2026

Kesinambungan Bea Soba Bea, Eda Ezrin & Den Manjo Kembali Dengan Adek Saye Abe Sore

Eda Ezrin dan Den Manjo kembali bergandingan menerusi single terbaharu berjudul Adek Saye Abe Sore.

Selebriti Sat, 2 Sep 2023
Hiburan Thu, 20 Jun 2024
Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Suami Teruk Dikecam Sehingga Dilabel Narsisistik, Ini Respons Fatin Afeefa – “Saya Pilih Dia…”

Hangat isu pengakuan berani mati Opai soal ‘lelaki Alpha’. Haa ini respons Fatin Afeefa 🤪🤪

Featured Thu, 21 Jul 2022

Isu Mesra Wuduk & Warna Tersepit Pintu? Neelofa Tampil Beri Penjelasan – “Serbuk Asli Dah Ditapis Sebanyak 9 Kali..”

Ramai yang kata warna Inai Neelofa ni macam tersepit pintu, ada juga yang bancuh tapi tak jadi. Apapun spekulasi, ni tuan badan dah tampil bersuara. Moga semua jelas

Trending Sat, 9 Jan 2021
Featured Wed, 12 Nov 2025

“Dia Adalah Anugerah Yang Menenangkan Pandangan”- Amar Baharin

Amar menggambarkan Amyra sebagai seorang isteri yang menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupannya.

Selebriti Wed, 13 Sep 2023
error: Content is protected !!