Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi January 20, 2023 @ 9:43pm

[VIDEO] Suami Teruk Dikecam Sehingga Dilabel Narsisistik, Ini Respons Fatin Afeefa – “Saya Pilih Dia…”

Baru-baru ini, nama suami pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang hangat menjadi perbualan di serata media sosial.

Ia ekoran tular sebuah video dimana Aliff atau lebih mesra disapa Opai menganggap dirinya sebagai ‘lelaki Alpha’ kerana cintanya dikejar oleh Fatin.

Artikel Berkaitan: Mengaku Tak Banyak ‘Effort’ Pikat Fatin Afeefa, Aliff Awang Anggap Diri ‘Lelaki Alpha’… Netizen Label Narsisistik

Menyedari perkara tersebut menjadi isu, Fatin menerusi siaran langsung di TikTok berkata suaminya seorang yang gemar bergurau.

“Suami saya tu memang suka bergurau. Saya kenallah dia macam mana. Tapi setengah orang yang tak kenal dia akan terkejut dengan gurauan kasar dia.

“Korang kata kenapa Opai nak kena gurau macam ni, kena serius. Semua benda nak serius boringlah. Relationship saya dan dia tak serius pun, kami jenis yang ‘happy go lucky’.

“Sebab itu saya pilih dia. Kalau semua benda nak serius, penatlah. Kita nak happy happy,” tambah Fatin.

Dalam pada itu, Fatin turut membaca komen salah seorang netizen yang berkata suaminya seorang yang sangat baik dan memaafkan mereka yang mengecamnya di TikTok live.

“Entahlah, selalu macam tu.. Siapa yang kenal husband saya secara peribadi akan tahu perangai sebenar dia,” ujarnya.

Sementara itu, aktres filem Tentang Bulan itu turut menegur segelintir netizen yang mengaku tidak suka melihat mereka suami isteri, tetapi masih mengikutinya dan turut serta TikTok live tersebut.

“Kalau awak tak suka saya, itu bukan masalah saya. Saya tak kenal pun awak siapa. Tak suka tapi tengok, itu awak kena tanya diri awak sendiri.

“Kalau saya tak suka, saya block terus. Tapi awak masih terus tengok saya,” katanya.

Menerusi video sama juga netizen memberitahu Fatin bahawa terlalu banyak kecaman di TikTok suaminya.

“Komen toksik tu tak makan diri dia pun. Orang boleh cakap apa yang mereka nak, asalkan saya tahu kami saling mencintai,” tambahnya lagi.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 May 2020

Kluster baharu dikesan dengan 100 peratus pesakit tidak bergejala

Punca lonjakan jumlah kes harian positif COVID-19

Featured Tue, 28 Dec 2021

“Betapa Jijiknya Kita Kalau Masih Merungut Tentang…” – Azhan Rani Sedih Penduduk Pedalaman Masih Tak Dapat Bantuan Banjir

Pelakon Azhan Rani yang juga merupakan seorang individu aktif membantu mangsa-mangsa terjejas banjir berkongsi pengalaman berjumpa dengan seorang mangsa banjir yang hilang tempat berteduh di Kampung Batu Kapor, Mentakab, Pahang. Melalui hantaran Instagram miliknya, Azhan […]

Trending Sat, 17 Apr 2021
Hiburan Mon, 13 Aug 2018

Cukur Kening Sewaktu Muda Ini Jawapan Noorkhiriah

Norkhiriah mendedahkan dia pernah mencukur kening ketika zaman muda dan mengakui …

Hiburan Wed, 11 Apr 2018
Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Thu, 30 Apr 2026

“Dia Bagi Sikit Zakat, Anak Dapat Makan Ayam Goreng…” – Tiga Hari Sebelum Direman, Azar Azmi Sebak Kenang Kebaikan Ozlynn Waty

Pelakon, Azar Azmi mendedahkan rakan industri, aktres Ozlynn Waty adalah individu yang sempat dihubunginya sebelum tiga hari ditangkap reman. Menerusi podcast sembang seram dikendalikan oleh Safwan Nazri, Azar menyifatkan Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak […]

error: Content is protected !!