Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 29, 2024 @ 4:10pm

Terbuka Anak Jadi Duta Produk, Amyra Rosli & Amar Baharin Ada Cara ‘Parenting’ Berbeza

Pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin mengakui mereka terbuka sekiranya anak-anaknya, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa untuk menjadi model bagi sesetengah jenama.

Terbaharu, Amyra dan Amar sekeluarga terpilih untuk menjadi wajah Duta Raya Habib 2024 sempena Aidilfitri pada tahun ini.

Menurut Amyra, setiap kali menerima sebarang tawaran, dia dan Amar lebih selesa untuk berbincang terlebih dahulu dengan anak-anaknya supaya mereka dapat memberikan kerjasama yang baik.

“Ini kali pertama kali kami sekeluarga menjadi wajah untuk barang kemas. Pihak Habib memang approach kami satu keluarga. Alhamdulillah, anak-anak pun beri kerjasama yang baik.

“Sebelum saya bersetuju untuk bekerjasama dengan mana-mana jenama, saya selalu tanya dulu mereka. Walaupun mereka masih kecil, saya akan tanya mereka berdua sama ada nak shooting atau tidak.

“Kalau mereka tiada masalah dan tunjukkan minat ke arah itu, saya rasa tidak ada masalah untuk mereka ke depan,” katanya.

Tambah Amar, dia dan Amyra tidak pernah melarang sekiranya ada pihak ingin mengambil Anaqi mahupun Aryssa untuk menjadi wajah bagi sesetengah jenama.

Namun, mereka belum bersedia untuk menerima sebarang tawaran berlakon bagi pihak anaknya memandangkan usia mereka masih kecil.

“Kami dari dulu memang kalau ada yang bertanya, kami bergantung kepada rezeki. Kami tidak pernah melarang. Tapi untuk drama tu, kita tahu benda tu bukan senang jadi kami lebih selesa biarkan mereka fokus pelajaran dahulu.

“Untuk brand dan komersial ni dia hanya perlukan masa satu hari je. Jadi kami okay je,” jelasnya ketika ditemui di majlis Pra-Pelancaran Koleksi Rantaian Kasih 2024, di St. Regis Kuala Lumpur, malam tadi.

Amyra juga menyatakan dia tidak kisah jika kedua-dua anaknya mengikut jejak langkahnya dan Amar untuk menceburi industri hiburan tanah air suatu hari nanti.

“Ada je orang tanya tak takut ke anak macam ni? Boleh ke anak terdedah dengan industri macam ni. Tapi saya cakap kenapa tidak asalkan mereka pandai bawa diri dalam industri, teruskan.

“Kami berdua pun dalam industri ni, jadi siapalah kami nak menyekat mereka sebab restu ibu bapa ni akan membuatkan mereka ni lebih ikhlas dalam apa yang mereka lakukan,” katanya.

Bertanya tentang tips keibu bapaan, pasangan itu menyatakan mereka lebih selesa untuk berterus terang dan jujur dalam segala perihal agar mereka lebih mudah faham.

“Alhamdulillah, anak-anak kami ni senang, kalau dah bincang dan jelaskan apa yang patut buat, mereka takkan bad mood. Yang penting jangan tipu, dan berterus terang dengan mereka.

“Kami layan mereka seperti orang dewasa sebab anak-anak sekarang ni bijak dia lain macam. Bila layan mereka seperti dewasa mereka akan lebih cepat matang,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 9 May 2026

Aedy Ashraf Dedikasi ‘Tarung Unforgiven’ Buat Mereka Yang Tak Pernah Mengalah – “Untuk Mereka Yang Luka Tapi Masih Pilih Percaya”

Aedy Ashraf tampil menitipkan kata-kata penuh makna terutamanya buat mereka yang sedang berjuang untuk kehidupan masing-masing.

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

Remy Ishak Akui Penonton Malaysia Suka Filem Santai Bukan ‘Berat’

Remy percaya satu hari nanti filem ‘berat’ bakal diterima di masa hadapan dan penonton melihat cerita tersebut dengan lebih santai.

Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Baggio Pertaruhkan ‘Laduni Cinta’

Baggio atau nama sebenarnya Bahagia bin Daharun merupakan penyanyi utama kumpulan Damasutra yang begitu popular pada suatu ketika dahulu dengan lagu ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’. Baggio yang sudah 30 tahun berada di dalam industri muzik, […]

Hiburan Thu, 21 May 2026

“Dia Silap Sebab Bonding Kami Terlalu Luar Biasa”- Syatilla Melvin Beri Amaran Buat Individu Didakwa Aniaya Syida

Syatilla turut menegaskan dia bersama adik-beradik lain akan terus mempertahankan Syida serta anak-anaknya.

Hiburan Sun, 28 Oct 2018

71岁汪明荃唱跳两小时!罗家英欲来马买房子

「阿姐」汪明荃《辉煌50 汪明荃2018 云顶演唱会》圆满举行!8月刚过71岁生日的阿姐,入行超过50年,在演唱会上劲歌热舞唱足2小时,把几十年的经典再次演绎一满歌迷的瘾。

error: Content is protected !!