Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 1, 2024 @ 5:38pm

AJL38: Masdo Ramal Aina Abdul Juara Lagi?

AJL38: Masdo Ramal Aina Abdul Juara Lagi?

Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38, Masdo mengakui mempunyai jadual padat menjelang acara berprestij itu.

Pemain gitar bass kumpulan Kugiran Masdo, Putut Ceri atau nama sebenarnya Ahmad Azanol Khushairie berkata persiapan untuk menjayakan persembahan pada malam penuh berprestij itu telah diatur meskipun berdepan dengan jadual yang padat.

“Kami agak padat dengan jadual sebenarnya terutama dari awal tahun hingga menuju ke AJL jadi kami tak ada perancangan untuk buat sesuatu yang luar biasa. Kami lebih kepada lagu itu sendiri,” katanya.

Menurut vokalis Masdo, Ali Sariah mendedahkan mereka sudah pun berbincang tentang idea dan konsep untuk persembahan lagu Inilah JalanNya pada malam AJL nanti.

”Kami sudah beberapa kali mesyuarat tentang pakaian, konsep dan ‘look’ untuk malam tersebut. Tapi buat masa sekarang, kami tak boleh dedahkan lagi,” katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, Kugiran Masdo sama sekali tidak memikirkan tentang saingan mahupun merebut gelaran juara namun mereka tetap bersyukur kerana tersenarai sebagai finalis.

”Menjadi salah seorang finalis AJL pun kami dah bersyukur, Alhamdulillah. Kami enjoy sahaja malam tu dan tak kisah pun sebab kami memegang konsep untuk memeriahkan acara.

Sementara itu, Putut Ceri merasakan bahawa AJL kali ini bakal menyaksikan Aina Abdul sekali lagi akan menang besar menerusi karyanya yang berjudul Jangan Mati Rasa Itu.

“Saya rasa tahun ni tahun Aina Abdul lagi. Saya rasa trofi akan jadi milik Aina sebab kekuatan lagu itu sendiri,” kongsinya.

Untuk info, AJL 38 bakal diadakan pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Sep 2023

Watie Terima Tawaran Berlakon, Shuib Tak Beri Keizinan – “Awal-Awal Lagi Dah Ditolak”

Mesti best kan kalau dapat tengok Watie dengan Talita berlakon

Hiburan Wed, 13 Aug 2025
Hiburan Mon, 16 Feb 2026

Diana Danielle Enggan Lepaskan Anak Lelaki Sertai Bidang Lakonan – “Saya Mahu Simpan Dia Selamanya…”

Aktres filem popular Imaginur ini bagaimanapun mengakui dia enggan melepaskan anak kesayangannya itu terbabit dalam industri hiburan. 

Trending Fri, 29 Jun 2018

Anak Fasha Sandha Menangis Kerana Inginkan Ibunya Kahwin Lagi

Fasha kongsi video gelagat anak sulungnya menangis mahukan dia berkahwin di Instagram miliknya pada Ahad lalu.

Featured Thu, 12 May 2022
Featured Fri, 24 Apr 2026

“Kalau Ditakdirkan Saya Kahwin Lagi, Saya Takkan Jadi Diri Saya Yang Dulu – Puteri Sarah Liyana

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan pengalaman kehidupan berumah tangga sebelum ini dan kemungkinan jika dia berkahwin semula pada masa hadapan kelak.

Trending Mon, 17 Dec 2018

Resorts World Genting Brings Joy to Over 300 Underprivileged Children

All done in the spirit of giving this Christmas.

error: Content is protected !!