Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops June 30, 2018 @ 1:00am

Kecewa! Alvin Chong Didesak Peminat Untuk Memeluk Agama Islam

Alvin Chong, pelakon yang semakin mendapat tempat dihati peminat drama melayu sejak digandingkan bersama pelakon Emma Maembong ini,   semakin dikenali ramai. Persahabatan mereka berdua telah membuatkan peminat fanatik nya mula mendesak beliau untuk memeluk Islam. Dan, tindakan sesetengah peminat tersebut sedikit sebanyak membuatkan diri Alvin kecewa. Mana taknya, agama kan adalah hak peribadi masing-masing dan tidak boleh dipaksa.  

“Isu yang sering dilontarkan adalah mengenai agama. Ramai yang bertanya, pintu hati saya tidak terbuka ke untuk memeluk islam? Malah, ada yang meminta saya untuk ‘bersunat’ jika mahu berkahwin dengan Emma. Saya pun ada ramai kenalan Islam, malah pengurus saya sendiri seorang mualaf. Islam adalah agama indah tapi belum tiba masa lagi saya memeluk Islam.” Jelasnya 

Sebelum ini, Alvin pernah menerima kecaman daripada peminat kerana terlalu mengikuti dan menghayati watak dalam drama tersebut sehingga dituduh berlagak alim tetapi hakikatnya beliau bukanlah seorang muslim sejati.

Jadi kepada netizen diluar sana, sebelum mengecam dan melabel seseorang artis tu, korang kenalah berpada-pada dan dengan usul periksa. Kalau tak, jatuh fitnah tau!

Apapun, kami berharap agar netizen tidak terlalu mengikut emosi. Yang penting sama-sama lah kita doakan yang terbaik buat Alvin Chong!

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 1 Mar 2025

Semakin Galak Tinggalkan Komen Di Instagram… Aliff Aziz Selamba Bagi Pickup Line Pada Ruhainies!

Lama mendiamkam diri, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz sekali lagi mencuri perhatian.

Hiburan Sun, 12 Jun 2022

Konsert Ruffedge Di Dewan Filharmonik Petronas Bakal Mengimbau Memori Lama

Ruffedge bakal mengadakan konsert pada 2 Julai 2022 di Dewan Filharmonik PETRONAS!

Hiburan Sat, 16 Jun 2018

Sehelai Pun Cukuplah…

Kata penyanyi lagu Misteri ini, sehelai baju raya tidak mendatangkan masalah buat dirinya memandangkan dia tidak akan memakainya sepanjang hari. Wah…baguslah Ernie ni, jimat!

Featured Wed, 3 May 2023
Featured Wed, 19 Apr 2023
Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Hiburan Tue, 28 May 2019
Featured Sat, 12 Jul 2025
error: Content is protected !!