Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain March 4, 2024 @ 5:07pm

Nak Jadi Ahli ‘Girl Group’ Baharu? Jom Sertai Ujibakat Alternate Record & Talents!

Syarikat rakaman Alternate Records & Talents kini mencari bakat baharu bagi kumpulan wanita melalui uji bakat atas talian bermula 27 Februari hingga 8 Mac 2024.

Umum tahu, syarikat rakaman di bawahan naungan Media Prima Berhad itu telah melahirkan ramai penyanyi wanita berbakat seperti Puteri Khareeza, Marsha Milan dan Shiha Zikir.

Jika anda mempunyai bakat terpendam dan ingin menceburkan diri dalam bidang hiburan tanah air, jangan lepaskan peluang untuk menyertai uji bakat istimewa ini.

Kini, Alternate ingin mencari lebih ramai bakat baharu wanita untuk memeriahkan lagi industri seni tanah air dengan bertujuan untuk menampilkan individu yang bukan sahaja mempunyai bakat vokal berkualiti dan persembahan yang luar biasa, tetapi juga mempunyai karisma dan daya tarikan yang tersendiri.

Ahli yang dipilih akan berpeluang untuk mencipta lagu, merakam video muzik, dan melakukan promosi setanding antarabangsa.

Penyertaan terbuka kepada wanita berusia 18 hingga 25 tahun yang mempunyai bakat dalam nyanyian dan tarian.

Sekiranya, anda mempunyai kebolehan bermain alat muzik juga adalah bonus! Jangan lepaskan peluang anda untuk bersinar di atas pentas sebagai kumpulan wanita hangat yang seterusnya dengan cara memuat naik video persembahan nyanyian dan tarian yang tidak melebihi 3 minit di paparan Instagram atau TikTok anda.

Pastikan anda tag laman rasmi media sosial Instagram @alternate.my_ atau Tik Tok @alternate.rt_ serta hantar video tersebut menerusi peti mesej selewat-lewatnya pada 8 Mac 2024.

Untuk maklumat lanjut tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Aug 2021

“Anak-Anak Belum Tahu Ketiadaan Arwah Ibu Mereka”- Shuib Reda Pemergian Siti Sarah Yang Bergelut Untuk Selamatkan Bayi

Pelawak dan suami kepada Allahyarhamah Siti Sarah, Shuib reda dengan pemergian isteri tercinta yang menghembuskan nafas terakhir 5.13 pagi tadi. Penyanyi lagu Kesetiaan itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz […]

Trending Mon, 1 Jan 2018

你的年薪多少?澳洲「举牌工」年薪约40万令吉

还记得吗?小时候我们上学的时候,总是会有一位高举“Stop”的男人或女人,让学生安全过马路。而在澳洲悉尼的30岁多塞特(Amy Dowsett)就从事其工作,每天在马路上举牌,一年的年薪竟可高达13万澳元(约40万令吉)。

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Hiburan Wed, 14 Jun 2023
error: Content is protected !!