Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 2, 2024 @ 5:15pm

Nur Fazura Muat Naik ‘Goodbye August’, Video Konsert Adele & Babak Filem ‘Crazy Rich Asians’.. Peminat Tanya Mana Fattah Amin?

Perkongsian terkini pelakon dan selebriti, Nur Fazura menerusi hantaran Instagram menimbulkan tanda tanya ramai.

Menerusi muat naik tersebut, Fazura berkongsi beberapa momen yang berlaku ketika di bulan Ogos seperti menjalani penggambaran, mencium anaknya, Fatima serta merenung keluar ketika dalam kapal terbang.

Bukan itu sahaja, Fazura turut memuat naik nyanyian lagu ‘Love In The Dark’ ketika menghadiri konsert penyanyi terkenal antarabangsa, Adele di Munich, baru-baru ini.

Aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini turut memuat naik babak daripada filem ‘Crazy Rich Asians’ yang menunjukkan watar Astrif Leong membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya, Michael Teo.

“Goodbye August,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Fazura

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan hantaran Fazura itu yang seolah-olah memberi banyak makna tersirat terutamanya mengenai masalah rumah tangga.

Ramai dalam kalangan mereka turut meluahkan rasa kebimbangan terhadap keadaan selebriti kesayangan mereka lebih-lebih lagi selepas berkongsi hantaran menyedihkan itu.

Sebelum ini, video hitam putih aktres tersebut ketika berada di stesyen LRT turut menjadi sebutan apabila Fazura seakan membiarkan train tersebut berlalu pergi.

Terdahulu, rumah tangga Fazura dan suaminya, aktor Fattah Amin menjadi sebutan ramai apabila mereka dikatakan sudah jarang dilihat bersama.

Bagaimanapun dalam satu temu bual bersama media baru-baru ini, Fazura menafikan dakwaan rumah tangganya sedang bergolak.

Artikel Berkaitan: “Never Regret Being Kind, Ramai Lagi Yang Sayang & Menghargai Anda Sesuai Tempatnya” – Fazura 

Artikel Berkaitan: Video Hitam Putih Fazura Undang Sebak, Netizen Titip Kata Semangat – “Let It Go, Keep On Moving….”

Artikel Berkaitan: Kapsyen Nur Fazura Sorot Perhatian… Netizen Komen: “Tak Semua Benda Perlukan Penjelasan”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Saya & Fattah Baik Sahaja, Spekulasi Itu Tak Betul” – Fazura Leraikan Dakwaan Rumah Tangga Bergolak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Nov 2017

Nak Tenung Muka Siapa Hingga Tertidur

Nak Tenung Muka Siapa Hingga Tertidur tu Fathia Latiff, habis Twitter di share pada semua

Featured Mon, 22 Dec 2025

Nasihat Dr. Fadzilah Kamsah Tentang Ciri-Ciri Suami Berjuang Selamatkan Rumah Tangga Curi Perhatian, Kamal Adli Tampil Bersuara

Pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah menyorot perhatian apabila berkongsi tentang lima ciri-ciri suami yang berjuang mempertahankan keharmonian rumah tangganya.

Selebriti Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Sun, 3 Nov 2024
Hiburan Wed, 20 Jun 2018

Asyik Ditanya Soalan Sama, Zizan Razak Dah Lali

Saya dah biasa dengan soalan kahwin, paling tidak pun, saya hanya akan tersenyum dan saudara-mara juga sudah memahami serta mereka tidak masuk campur sangat. Baguslah macam tu Zizan, steady!

Hiburan Tue, 22 Oct 2024
Hiburan Thu, 19 Dec 2019
Hiburan Tue, 21 Jan 2020
Events Mon, 11 Apr 2022
error: Content is protected !!