Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 8, 2024 @ 12:02pm

Tenang Berdepan Kontroversi, Aniq Suhair Luah Isi Hati Dengan Sang Pencipta – “Benda Tu Tidak Benar Sama Sekali”

Pelakon Aniq Suhair kini sudah pun menjalani kehidupannya seperti biasa meskipun pernah terpalit dengan isu yang mendakwa dirinya pernah menghamilkan seorang wanita.

Menurut Aniq, dia hanya mahu terus pandang ke hadapan dan lebih tenang untuk meluahkan segala rasa yang terbuku dengan Sang Pencipta.

“Sejujurnya, berkenaan kontroversi yang melanda tu saya dah tak rasa apa-apa dah. Saya dah tak terganggu dan dah teruskan kehidupan seperti biasa.

“Saya akui hal itu mencemarkan nama saya, tapi saya memilih untuk lupakan dan pandang ke depan. Saya dah tak ada pendam apa-apa sebab saya dah luahkan segalanya kepada Allah.

“Biarlah benda tu antara saya dengan Allah dan saya cuma mengharapkan yang terbaik dan hal yang positif je lepas ni,” katanya.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Aniq turut menyatakan dia tidak kisah dengan tanggapan orang kerana dakwaan itu sama sekali tidak benar.

“Saya dituduh pukul, belasah, dera dan sebagainya. Sedangkan benda tu memang tidak benar sama sekali. Mana yang dekat dengan saya mesti tahu saya macam mana.

“Tapi kalau cerita pun benda tu hanya akan buat lagi buruk. Apa pun tanggapan buruk, terpulanglah pada masing-masing,” jelasnya.

Sebelum ini, pelakon yang memainkan watak sebagai Ustaz Iqbal itu juga didakwa telah menghamilkan seorang wanita.

Tidak melatah dengan kontroversi yang berlaku, Aniq memilih untuk berdiam dan menyerahkan segala perihal tersebut kepada peguamnya.

“Bila kontroversi ni melanda saya memilih untuk diam sebab taknak keruhkan lagi keadaan. Saya serahkan semua pada pihak peguam dan saya enggan komen apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu, Aniq sempat meluahkan rasa syukur kerana mendapat sokongan yang baik dari orang sekelilingnya meskipun namanya sudah tercemar.

“Sepanjang kontroversi tu, saya dapat sokongan yang baik dari keluarga dan orang sekeliling. Saya percaya ujian yang berlaku tu ada hikmah.

“Dari segi kerjaya, Alhamdulillah tak putus tawaran datang. Kalau boleh saya taknak lagi isu ni datang. Saya ingin pandang ke depan je,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Nov 2022

Didakwa Obses Dengan Berat Badan, Ini Respons Atikah Suhaime

Badan dah elok dah.. Betul ke Atikah obses nak kurus?

Hiburan Tue, 20 Mar 2018

Ini 5 Rancangan Wajib Tonton Anda!

Jangan risau kerana tonton akan sentiasa memenuhi kehendak anda dengan menyiarkan drama-drama yang semestinya mendapat tontonan paling tinggi di Malaysia. Kalau nak tahu apakah drama tontonan yang paling mendapat tempat dihati masyarakat, Jom Kita lihat senarai ini!

Hiburan Thu, 7 May 2026

Datuk Red Minta Maaf Kepada Adira Suhaimi, Mahu Tamatkan Perbalahan Demi Kebajikan Anak-Anak – “Harap Kita Dapat Berunding”

Datuk Red secara terbuka tampil memohon maaf kepada bekas isterinya, Adira Suhaimi atas segala kekhilafannya.

Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Kena Kecam Hebat, Pegawai Akhbar KBS Undur Diri…

Numan berterima kasih kepada Syed Saddiq yang memberinya peluang sepanjang kempen pilihan raya di Muar dan fasa transisi di KBS dan menganggap ia satu penghormatan untuk dirinya.

Featured Wed, 16 Aug 2023
Trending Fri, 16 Oct 2020
Hiburan Wed, 5 Jun 2024
error: Content is protected !!