Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 12, 2024 @ 4:05pm

“I Know What I Want In A Guy”- Ruhainies Mengaku Fobia Nak Kahwin? Pilih Lelaki Bertanggungjawab Berbanding Yang Kaya

Pelakon sensasi Ruhainies mengaku dia mempunyai perasaan fobia untuk mendirikan rumah tangga selepas pelbagai isu pergolakan rumah tangga membabitkan orang disekelilingnya.

Kata Ruhainies atau nama penuhnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, dia tidak mahu tergesa-gesa untuk berkahwin hanya kerana orang orang di sekelilingnya sudahpun mendirikan rumah tangga.

Menurutnya, apa yang penting adalah dia tahu apa yang diinginkan daripada seorang lelaki.

“Saya tak boleh ikut orang. I know what I want in a guy. Saya tak nak terburu-buru untuk mendirikan tangga. Lagipun kita tahu apa yang berlaku di sekeliling kita.

“Sebenarnya sedikit sebanyak saya rasa trauma, fobia nak kahwin. Sebab sudah tentu masa kahwin semuanya bahagia, indah.

“Tapi betul ke apa yang ditonjolkan kat dalam media sosial. Itu yang saya rasa takut sangat tu. Sejujurnya, saya gembira dengan diri saya sekarang, pencapaian saya, keluarga. Jadi, saya tidak tergesa-gesa nak kahwin tapi saya minta, harap semua doakan yang terbaik untuk saya,” katanya.

Menerusi perkongsian yang tular semula di platform TikTok, Ruhainies sempat berkongsi bahawa dia tidak mencari lelaki kaya untuk dijadikan teman hidup, sebaliknya mahu lelaki yang bertanggung jawab.

“Saya tidak mencari lelaki yang kaya. Bagi saya, saya mencari seseorang yang bertanggungjawab.

“Untuk cari lelaki yang bertanggungjawab ini bukan sesuatu yang mudah. Sebab nak kata ada rupa, ramai orang dekat dalam dunia ini ada rupa, ramai orang dalam dunia ini yang kaya.

“Tapi yang bertanggungjawab itu yang susah nak cari. Sebab itu, untuk saya, perlu berkawan dengan dia lama dulu baru saya betul-betul boleh kahwin,” ulasnya.

@nona.my Lah kenapa Ruhainies trauma nak tamatkan zaman single? Jom dengar sendiri penjelasan dari tuan punya badan. Apa-apa pun, Nona mendoakan yang terbaik buat Ruhainies. #majalahnona #ruhainies #womenoftiktok ♬ Romantic Moment – AudioMars

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap perkongsian berkenaan selepas insiden tangkap khalwat membabitkan dirinya dan Aliff Aziz.

“Dia rasa Aliff Aziz boleh bertanggung jawab ke? Tu dia pilih. Tapi tu lah laki member juga dia sebat.

“Marry my husband yang sebenar di Malaysia.

“Aliff Aziz bertanggung jawab ke?

“Sebab tu orang cakap, bila berkata-kata kena berhati-hati. Sebab kita tak tahu masa depan kita macam mana,” komen netizen.

Sejak artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dengan menerima lebih 29,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 19 Mar 2023
Featured Tue, 27 Nov 2018

Boleh Licinkan Kulit Wajah, Ramai Yang Tak Tahu Apa Itu ‘Acne Diet’

Pemakanan anda sangat berkait rapat dengan pertumbuhan jerawat pada wajah.

Hiburan Fri, 28 Mar 2025

‘Fedtrip To Baazar’… Fedtri Yahya Berkongsi Rezeki, Borong & Santuni Peniaga Bazaar Ramadan

‘Fedtrip To Baazar’ berjaya ukir senyuman di wajah peniaga Bazar Ramadan…

Trending Fri, 26 Mar 2021
Hiburan Mon, 25 Dec 2017

IZARA AISYAH KINI HAMIL?

Ditanya mengenai syarat dan batasan untuk berlakon selepas menjadi isteri, Izara hanya menjawab bahawa suaminya itu adalah seorang yang sangat memahami dirinya dan juga kerjayanya sebagai seorang pelakon

Events Mon, 7 Oct 2019

Resorts World Genting Celebrates Christmas Eve With Al McKay’s Earth, Wind & Fire Experience

Return to the magic of the 1970s with Al McKay’s Earth, Wind Fire Experience!

Hiburan Sat, 19 Jul 2025
error: Content is protected !!