Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 13, 2024 @ 10:19am

Aliff Syukri Batal Hasrat Terbit Lagu Raya Tahun Ini -“Komposer Saya Buat Ta*k”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri kesal apabila tidak dapat menerbitkan lagu raya nyanyiannya pada tahun ini.

Menurut Aliff, dia mendakwa komposer yang bertanggungjawab menyiapkan lagu raya miliknya telah berpaling tadah dan memberikan lirik lagu tersebut kepada artis lain.

“Maafkan saya awak, komposer saya buat ta*k, curi lagu saya lirik saya kasi dekat artis lain. Maaf semua sebaba saya kecewakan anda,” katanya.

Mengulas lanjut, bapa kepada lima orang cahaya mata itu juga memaklumkan, dia berasa kecewa dengan industri muzik di Malaysia yang tidak pernah menghargai bakat nyanyiannya.

“Saya mungkin tidak dapat keluarkan lagu raya tahun ini semua. Sebab saya kecewa dengan industri muzik Malaysiayang tidak pernah menghargai bakat saya.

“Saya terpaksa membawa diri utk menunjukkan bakat saya keluar negara di mana rakyat mereka lebih menghargai saya maaf rakyat Malaysia anda akan kemurungan tanpa lagu raya ini,” jelasnya.

Perkongsian itu dimuat naik Aliff menerusi hantaran yang di Instagram miliknya pada Selasa.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 25 Sep 2018
Events Sat, 31 Mar 2018

Ganjaran Hebat Menanti Anda Di CJ Wow Shop!

Rangkaian membeli belah popular Malaysia, CJ Wow Shop telah mengumumkan pelancaran ‘2 Tahun, Lebih WOW!’. Sempena pencapaian ini, para pelanggan CJ WOW layak menyertai karnival membeli belah dari rumah yang turut menampilkan beberapa siri promosi selama sebulan menerusi CJ WOW SHOP

Hiburan Sat, 6 Oct 2018

Kaki Terseliuh, Anggota Kugiran Masdo Bertongkat Atas Pentas?

Mungkin terlalu penat membuat persiapan konsert, saya hilang fokus dan terseliuh sedikit, itu yang jadi macam ni…

Hiburan Wed, 26 Mar 2025

Berlangsung Sukses! Bazar Kool 101 Tawar Juadah Berbuka Puasa Berkualiti pada Harga Rahmah RM5

Kool 101 memperkenalkan Bazar Kool 101 – Semua RM5, sebuah bazar makanan yang menawarkan juadah berbuka puasa lengkap dan berkualiti pada harga serendah RM5.

Hiburan Mon, 14 Jul 2025

Jaclyn Victor Tiada Niat Rahsiakan Perkahwinan, Syukur Suami Pendengar Yang Baik

Jaclyn Victor bahagia bersama suami, Calvin T Samuel

Eat Travel Mon, 23 Mar 2020
Featured Sun, 29 Jun 2025
error: Content is protected !!