Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 18, 2024 @ 10:40pm

Isu Khalwat, Rakan Baik Yakin Ruhainies Tak Buat Perkara Terkutuk – “Kini Dia Lebih Banyak Diam”

Setelah hampir dua minggu kontroversi ditangkap khalwat melanda pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz, sehingga kini nama mereka masih menjadi bualan hangat di media sosial.

Dua sahabat baik aktres berkenaan dikenali sebagai Zahar dan Fyzal memaklumkan Ruhainies lebih banyak berdiam diri susulan terbabit isu panas itu.

Zahar atau Ahmad Zahar ketika ditemui XTRA berkata, sebagai rakan mereka sering menasihati Ruhainies agar tidak membaca segala tohmahan di media sosial.

“Keadaan dia baik-baik sahaja dia, masih bekerja seperti biasa. Tetapi dia kini lebih banyak berdiam.

“Kami sebagai rakan juga menasihati dia tidak membaca dan menutup ruangan komen di sosial media. Bagaimanapun dia tahu perkembangan berlaku.

“Di pihak kami, memang sedikit tertekan membaca komen-komen kecaman di media sosial,” katanya.

Terkejut mendengar berita Ruhainies ditangkap khalwat, Zahar bagaimanapun yakin aktres tersebut tidak terlibat dalam aktiviti yang tidak senonoh seperti didakwa itu.

“Kami dapat tahu pada sebelah siang hari Sabtu. Kami juga terkejut. Kami tidak mahu komen tentang kejadian itu kerana tiada di lokasi.

“Tak mungkin Ruhainies berbuat begitu. Dia seorang yang baik, sopan-santun dan lemah-lembut. Dia bukan jenis begitu seperti yang dikatakan,” ujarnya.

Mengulas mengenai kejadian Ruhainies dan Aliff ditangkap khalwat, Zahar dan Fyzal memaklumkan mereka bukan pembantu peribadi yang berada bersama Ruhainies pada malam itu.

Sebaliknya, ada individu lain yang sepatutnya menemani Ruhainies ketika itu namun pulang ke rumah untuk mengambil baju.

“Saya dan Zahar tiada di tempat kejadian. Ada orang lain yang bersama dia malam itu.

“Dia (PA Ruhainies) pulang ke rumah untuk mengambil pakaian,” jelasnya.

Terdahulu, selebriti sensasi Aliff sekali lagi dilanda kontroversi apabila ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada 8 Mac lalu.

Dalam pada itu, menerusi satu kenyataan dimuat naik di Instagram, Ruhainies mengatakan dia hanya mengajak Aliff yang merupakan rakan baik selama 10 tahun untuk makan bersama ahli keluarga di kediaman miliknya.

Susulan kontroversi tersebut, isteri Aliff, Bella Astillah memfailkan permohonan cerai pada 11 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: Didakwa Perangkap Aliff Aziz, Ini Jawapan Bella Astillah

Artikel Berkaitan: “JAWI Sampai Jam 11 Malam, Bukan 3 Pagi” – Dedah Bukti Mesej Dengan Ruhainies, Risteena Harap Netizen Tak Terus Menghukum

Artikel Berkaitan: “Kenapa Tak Ajak Bella Or So Called ‘Bestfriend’ Makan Sekali?”- Eyra Hazali Pertikai Kenyataan Ruhainies Isu Tangkap Khalwat

Artikel Berkaitan: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: “Mungkin Perceraian Sebagai Hadiah Ulang Tahun Saya” – Enggan Berdendam, Bella Astillah Maafkan Ruhainies

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak-Anak Tak Terkesan Isu Panas Aliff Aziz, Bella Astilah Harap Penceraian Dapat Perbaiki Diri Masing-Masing

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Macam Tak Ada Apa” – Ruhainies, Aliff Aziz Dalam Tempoh ‘Bertenang’, Fokus Shooting Saat Bella Astillah Tuntut Cerai

Artikel Berkaitan: ‘Tikam Belakang’ Kawan Punca Nama Ruhainies Digugurkan, A Aida Beri 3 Kontrak Drama Kepada Bella Astillah – “Dia Minta Maaf Pun Tak Terima”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Dakwaan Berkhalwat Tak Ganggu Emosi, Ruhainies Tetap Komited Dengan Kerja – “Saya Tak Takut, Berani Sebab Berada Di Pihak Yang Benar”

Artikel Berkaitan: Guna Alasan Nak Cipta ‘Chemistry’, Individu Dedah Ruhainies, Aliff Aziz Siap Ada Panggilan ‘Baby’?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Kelab Peminat Fattah Amin Dah Bubar?

Selepas lima tahun kelab peminat Fattah Amin bergerak aktif, akhirnya mereka sepakat untuk membubarkannya. Setiap yang bermula pasti ada pengakhiran kan? Buat Fattah, sabar ya. Ada atau tanpa kelab peminat, kami percaya masih ramai yang menyokong karier seni Fattah. Good Luck, BamTah!

Hiburan Sat, 22 Feb 2025
Trending Tue, 30 Jan 2018

180公分最萌身高差!最高男与最矮女「世纪同框」

全球最高男性和最矮的女性在埃及金字塔前见面了!金氏世界纪录「最高男性」的保持者苏丹.科塞(Sultan Kosen)和全球最娇小女性的乔蒂.阿姆奇(Jyoti Amge)日前在埃及观光局邀请下,一同现身在吉萨大金字塔(Giza pyramids)前,两人身高差距达180多公分,让整个画面既震撼又有趣,堪称是最「萌」身高差。

Trending Thu, 4 Jan 2018

多数人没有看过的明星合影老照片!

多数人没有看过的明星合影老照片!周润发抱着的人竟是……最后一张更是珍贵,两位时代伟人同台!

Hiburan Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Mon, 18 Jun 2018

David and Victoria Beckham Rumoured to Be Divorcing but the Missus Proves Them Wrong

It took one Instagram post to throw out all those nasty rumours.

Hiburan Fri, 14 Jun 2019
Trending Thu, 23 Nov 2017

Tren 12 Gerabak Bawa Muatan Kargo Terbalik

Sebuah tren kargo tergelincir di stesen Bank Negara sekitar 5.15 pagi ini terganggu di laluan KTM dan ETS

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Adik Nafi Anita Sarawak Cerai, Hidap Kanser

Timbul khabar angin mengatakan beliau sedang menjalani rawatan penyakit kanser.

error: Content is protected !!