Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari March 20, 2024 @ 5:49pm

Dipilih Jadi Model Wakili Malaysia, Anak Adira Suhaimi Sertai ‘Bangkok Kids International Fashion Week’

Penyanyi dan usahawan, Adira Suhaimi berkongsi bahawa anak sulungnya, Anggrek Adenan, 7, terpilih untuk mewakili Malaysia ke Thailand dalam peragaan kanak-kanak.

Berita gembira tersebut dikongsi oleh Adira menerusi Instagramnya dengan memuat naik kad undangan yang tertera wajah anak perempuannya itu.

Adira juga mengucapkan kata tahniah buat anaknya kerana terpilih untuk mewakili tanah air ke Bangkok Kids International Fashion Week pada tarik 27 & 28 April depan.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Milik Kita ini juga menyatakan bahawa anaknya itu telah berusaha keras dan akan sentiasa memberi sokongan kepada Anggrek.

“You deserve it. After all the hard work. Congrats kakak (Anggrek) sayang,” tulis Adira.

Adira Suhaimi

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet menzahirkan ucapan tahniah dan bangga akan pencapaian anaknya itu.

Adira Suhaimi

Sebelum ini, Adira pernah berkongsi memaparkan anaknya itu menyertai kelas peragaan yang dikendalikan oleh model terkenal, Amber Chia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Jan 2026

Netizen Tersentuh Lihat Usaha Janna Nick, Dini Schatzmann Perbaiki Bacaan Surah Al-Fatihah Ikut Hukum Tajwid

Janna Nick, Dini Schatzmann menerima pujian ramai apabila memperbaiki cara bacaan surah wajib ketika menunaikan solat.

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Makin Selesa Bergelar Penyampai, Muaz Kongsi Rahsia Cepat ‘Ngam’

Saya amat berterima kasih kepada AG kerana dia banyak membantu saya. Saya masih ingat di minggu pertama di PHD, adakala saya tersasul atau energy yang saya beri, tak seimbang, Dia bantu saya untuk mencari keseimbangan tersebut.

Hiburan Mon, 27 May 2019

Kassim Selamat Sudah Tiada…

Al-Fatihah…semoga roh beliau terus dicucuri rahmat.

Hiburan Fri, 25 Oct 2019
Featured Wed, 14 Dec 2022

‘Haram Sunat Bayi Perempuan Di UK’ – Dr Amalina Che Bakri

Katanya bayi perempuan tak perlu sunat sebab tak menjejaskan kesihatan. Apa pandangan korang?

error: Content is protected !!