Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 21, 2024 @ 12:59pm

Berat Badan Naik 15kg… Nafi Hamil, Ini Respons Diana Danielle – “2 Orang Anak Dah Cukup, Stop Fat-Shaming”

“Dua orang dah cukup, stop fat-shaming people,” tegas pelakon jelita Diana Danielle yang menepis dakwaan bahawa dirinya kini sedang hamil dek kerana bentuk badannya dikatakan sedikit berisi.

Menurut Diana, dia tidak kisah sekiranya berat badannya bertambah namun dia kurang selesa apabila sering diasak dengan pertanyaan sama ada dirinya kini sedang berbadan dua.

“Saya dah ada anak seawal usia 20-an dan saya dah jadi seorang ibu yang komited sepanjang usia tersebut. Dan seawal usia remaja, saya dah bekerja sepenuh masa sehingga menjadi pelakon dan kemudian menjadi seorang ibu.

“Sekarang saya dah berusia 30-an, anak-anak saya dah besar. Kerjaya saya pun stabil. Tapi saya tak merancang untuk menambah anak lagi. Bukan sebab saya tak hargai jika ada anak tapi, kali ni saya tak nak melalui fasa menjadi ibu tu lagi.

“Saya masih seorang ibu, tapi anak saya dah boleh buat semua benda sendiri. Jadi, kenapa saya nak kena lalui fasa bertukar lampin, tak cukup tidur dan sebagainya itu.

“Saya rasa itu pilihan peribadi saya. Bila orang kata saya mengandung, saya macam jangan war-warkan atau membuat spekulasi sesuatu yang saya tak war-warkan sebab berat badan saya dah naik 15kg sama macam waktu saya mengandung dulu,” katanya.

Tegas menafikan dirinya sedang hamil, Diana turut menjelaskan bahawa kebelakangan ini dia sangat seronok menikmati masakan yang disediakan oleh pembantu rumahnya.

“Jadi ceritanya begini, saya ada seorang pembantu rumah yang sebelum ini merupakan pembantu rumah arwah bapa saudara saya. Dia masak sedap sangat. Jadi setiap kali saya balik rumah semua makanan yang ada sedap-sedap.

“Ada yang kata saya makan banyak sebab saya bahagia tapi tidak, masakan pembantu rumah saya sangat sedap. Saya pun tak sedar berat badan saya naik sampai saya perasan ada beberapa seluar yang dah tak muat.

“Saya tak kisah berat badan saya naik. Saya tak malu dengan penampilan saya dan saya tak malu bila orang ejek saya gemuk saya hanya bimbang bila orang kata saya mengandung,” jelasnya.

Diana bagaimana pun mengakui dirinya tidak terasa hati apabila kerap dituduh hamil dan kena fat-shaming.

Namun, pelakon Magika itu akur bahawa dirinya perlu menurunkan berat badan memandangkan terikat dengan tuntutan kerja.

“Tapi sejak kebelakangan ni, saya tak kenapa saya dapat banyak kerja yang memerlukan saya turunkan berat badan. Jadi, suka atau tidak, saya akan kuruskan badan saya.

“Saya bagitahu sekarang sebab saya taknak orang anggap disebabkan saya sering diejek gemuk, dan sebab itu saya kena kuruskan badan.

“Jadi, saya sepatutnya kena kuruskan badan dua bulan lalu tapi masih belum lagi sebab saya kalau boleh taknak kurus. Tapi sebab saya dah komited dengan kerja saya jadi saya kena hormatinya. Jadi, dua orang anak dah cukup.

“Berat badan saya hanya bertambah tapi saya akan kurus semula dalam masa beberapa bulan,” katanya.

@diana.danielleIt’s lets talk about my weight wednesday

♬ original sound – Diana Danielle

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 24 Nov 2018

#SFMM33: Perlahankan Aktiviti Seni Sekejap, Ben Ladin Mahu Fokus SPM

Lepas SPM boleh kembali all out, Good Luck Ben Ladin!

Featured Thu, 3 Nov 2022

Luar Biasa… Konsert Rossa 25 Shining Years ‘Full House’, Pertama Kali Suntik Konsep EDM Berjaya ‘Pukau’ Peminat!

Epik sangat konsep EDM lagu Pudar & Hey Ladies! Min loveee! Karen banget Konsert Rossa 25 Shinning Years! Semoga ketemu lagi ya Teh Oca ❤️❤️

Hiburan Sun, 20 May 2018

丁当一套歌服唱全场 女歌迷向男友求婚

暌违两年半,Della丁当再次来马开唱!有别于以往演唱会,丁当《想恋一个爱》一恋十年大马演唱会,一套歌服唱全场,唱唱聊聊150分钟。现场一名女歌迷大胆在丁当的见证下,向男友求婚,引起全场尖叫。

Trending Wed, 3 Feb 2021

Individu Langgar SOP Akan Dikenakan Kompaun Dan Denda Yang Tinggi – Ismail Sabri

Perhatian buat semua atau bakal dikenakan kompaun yang tinggi

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Kenapa Siti Sarah Tunda Konsert?

Mentor Otai ini mengganggap penundaan itu sebagai satu rahmat pula baginya kerana berpeluang mendapatkan masa yang lebih panjang untuk latihan serta persiapan.

Hiburan Sat, 29 Jul 2023

Ernie Zakri Persoalkan Sikap Segelintir Pihak Suka Komen Menyakiti Hati Orang Lain – “Rasa Gempak Ke?”

Kalau tak mampu berkata yang baik baik, diam lagi bagus kan 😌 Hm sian Kak Ninie 💓🤗

error: Content is protected !!