Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 22, 2024 @ 8:00pm

Terkenang Kisah Pernah Tinggal Di Rumah Anak Yatim, Tangisan Fasha Sandha Mengalir Laju

Air mata pelakon Fasha Sandha mengalir laju tatkala terkenang memori yang dilalui ketika zaman kanak-kanak.

Memahami situasi dilalui anak yatim yang kehilangan kasih sayang, Fasha mendedahkan dia sendiri pernah tinggal di rumah kebajikan hampir dua tahun ketika ibunya, Hatijah Teh Man bergelar ibu tunggal.

Menurut Fasha, ibunya bertugas sebagai warden dan penjaga di rumah anak yatim, sekali gus membawa Fasha dan adik beradik lain tinggal di sana.

“Saya tak pernah ceritakan pengalaman ini. Tapi, acara hari ini membuatkan saya terkenang dengan memori masa lalu. Kehidupan anak yatim memang cukup dekat di hati kerana saya tak merasa kasih sayang ayah sejak usia dua tahun.

@xtra_my Fasha Sandha sebak terkenangkan kisah zaman kecil dahulu tinggal di rumah anak yatim… #xtratonton #xtramy ⁣⁣⁣⁣⁣#artismalaysia #xtra #viral #beritaterkini #tonton #motifviral #malaysia #makcikbawang #tontonmy #trending #news #fashasandha #alfaro ♬ original sound – XTRA

“Saya juga pernah membesar sebumbung dengan kawan-kawan senasib hampir dua tahun. Waktu itu mama bekerja di sebuah rumah anak yatim di Perlis, jadi saya bersama adik-beradik lain tinggal di sana memandangkan mama juga sudah bergelar ibu tunggal ketika itu.

“Mama seorang wanita kuat, dia figura hebat yang saya sangat hormati. Dia buat banyak kerja demi sesuap nasi, tapi setiap hari dia tak lupa sediakan sarapan sebelum menghantar kami bertiga ke sekolah dengan berbasikal sejauh tiga kilometer.

“Walaupun serba kekurangan, tetapi mama sentiasa pastikan perut kami tak kosong, sekurang-kurangnya bawa bekal donat, itu yang buatkan kami sangat kagumi semangat mama.

“Apatah lagi zaman dulu janda dipandang serong, tak macam sekarang yang hormatkan ibu tunggal. Tapi mama kami tak hirau semua itu. Dia memang wanita hebat,” katanya.

Fasha ditemui pada majlis penyampaian sumbangan Alfaro Sdn. Bhd. kepada 1,000 anak yatim di Alfaro Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengasas Alfaro, Farooq Ahmed dan Pengarah Pemasaran Alfaro, Muhammad Irfan.

Tambah Fasha, dia bersyukur kerana Alfaro sama-sama menghulurkan bantuan kepada anak-anak yang memerlukan bagi mereka menyambut Hari Raya dengan gembira.

“Saya gembira dapat sama-sama turun padang menyantuni anak-anak yatim membuat persiapan Syawal di Alfaro. Saban tahun mereka menjalankan inisiatif ini. Semoga usaha mereka dapat memberikan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Bersempena dengan bulan Ramadan, Alfaro menyumbang kira-kita 1,000 pasang pakaian kepada 1,000 orang anak-anak yatim.

Menurut Farooq Ahmed selaku pengasas, nilai sumbangan itu mencecah kira-kira RM150,000.

“Setiap tahun kami akan membuat sumbangan buat anak-anak yatim dari seluruh Lembah Klang bagi menggembirakan mereka yang pastinya rasa sayu tanpa keluarga di sisi pada bulan yang mulia ini.

“Setakat ini 1,000 pasang pakaian diberikan kepada mereka dan nilai sumbangan mencecah RM150,000. Kami juga menjemput duta kami, Fasha Sandha untuk sama-sama memeriahkan majlis. Semoga usaha kecil kami dapat mengukir senyuman kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 18 Mar 2019

BTS’ Unprecedented ARMYPEDIA Hunt Gets a Spotify Twist

Head over to Spotify to find special edition Spotify x BTS puzzle pieces; first piece revealed inside!

Hiburan Mon, 13 Jan 2020
Hiburan Sun, 16 Dec 2018

Makin Cantik, Lia Natalia Susut 30 Kilogram Sebab Nak Kahwin?

Pelakon berusia 26 tahun ini memang makin cantik, apa rahsianya ya?

Hiburan Tue, 6 Jan 2026

“Content Suami Takut Isteri, Jalan Pantas Ke Perceraian” – Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz mengingatkan isteri seharusnya dihormati, bukan ditakuti

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

“Poligami Bukan Tanda Tak Bersyukur” – Bakal Kahwin Dua, Azlan Komeng Nafi Abaikan Pengorbanan Nur Nilam

Azlan bertegas dia hargai pengorbanan Nur Nilam yang menjaganya selepas terbabit kemalangan

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Betul Ke Syamel Bercinta Dengan Ernie?

Sebut sahaja nama penyanyi Syamel dan Ernie Zakrie, sudah pasti ramai yang beranggapan mereka bercinta. Untuk tahu lebih lanjut, baca www.xtra.com.my

Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Wed, 28 Feb 2018

BTS Nominated for ‘Favourite Global Music Star’ and Gains More Recognition!

2017 was an amazing year for BTS but it seems like 2018 will be even better than ever! These boys are truly talented and they deserve the recognition.

error: Content is protected !!