Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 25, 2024 @ 3:54pm

Kongsi Video Bersama Menantu Kesayangan, Netizen Gelar Patimah Ismail Mentua Terbaik – “Satu Dalam Sejuta”

Isteri kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam iaitu, Datin Patimah Ismail seakan tidak serik berkongsi momen bersama cucu dan menantu kesayangannya, Puteri Sarah Liyana.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Patimah kelihatan memuat naik sepotong video pendek memperlihatkan foto dan video bersama menantu kesayangannya itu ketika hadir pada acara keluarga mahupun acara melibatkan kerjanya.

“Potraits over the years,” tulis pada kapsyen video berkenaan.

Lebih menyedihkan, Patimah turut menggunakan lagu  berjudul, Belum Siap Kehilangan nyanyian Steven Pasaribu sebagai lagu latar video berkenaan sekaligus mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Patimah Ismail (@patimah8057)

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Malah, ramai yang berpendapat bahawa Patimah merupakan susuk mentua terbaik yang harus dijadikan inspirasi kepada semua orang di luar sana.

“Mentua idaman para isteri. Moga Datin menjadi inspirasi setiap ibu di dunia. Dan hubungan dengan Puteri Sarah kekal hingga ke akhir hayat.

“Baiknya mentua begini. Saya doa Allah kurniakan kesihatan kepada datin sekeluarga.

“Mother in law terbaik dalam sejuta.

“Bertuah Puteri Sarah, dapat mentua macam datin. Tak pilih kasih, sayang dan manjakan dia.

“Sedihnya lagu Datin. Mother in law terhebat,” komen netizen.

Terdahulu, Patimah memaklumkan, kasih sayang yang diberikan kepada Sarah adalah disebabkan aktres itu merupakan menantu dan ibu yang baik kepada cucu-cucunya.

Bahkan, Patimah juga menegaskan,  bahawa kebahagian Sarah tergugat selepas wujudnya penyondol yang kejam dalam rumah tangganya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Puteri Sarah Menantu Baik, Kebahagiaannya Tergugat Sebab Penyondol Yang Kejam” – Patimah Ismail

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Wanita Pertikai Tindakan Puteri Sarah Jadi ‘Tempat’ Mengadu Bella Astillah,  Patimah Ismail Tampil Back Up – “So What?”

ARTIKEL BERKAITAN:”Amat Terkilan Kehilangan Besan Yang Baik Bagi Kami” – Patimah Ismail

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Video Menantu Kesayangan, Patimah Ismail Restu Puteri Sarah ‘Berteman’ – “Moga Ada Yang Menemani PSL & Anak-Anak Holiday”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 12 Jun 2022

Dapat Bekalan Dari Bekas Suami, Wanita Ambil Dadah Kerana Obses Nak Kurus

Ambil dadah sebab nak kurus, akhirnya wanita ini jadi ketagih.

Eat Travel Sat, 21 Mar 2020
Hiburan Tue, 11 Jul 2023

[VIDEO] Kesal Wajah Dikritik Seperti B*b*, Misha Omar Tampil Pertahankan Nadeera Zaini 

Yang suka menghina paras rupa orang lain, berkawanlah dengan cermin – Misha Omar

Featured Wed, 14 Sep 2022

“Saya Hampir Tolak, Tapi..” – Afieq Shazwan Gementar Jadi ‘Anak Ikan’ Kepada…

Wow! Anak ikan? Luar biasa ek Afieq Shazwan 🥵 Agaknya siapa Sugar Mommy Afieq? 🤭

Hiburan Tue, 15 May 2018

Beri Saya Peluang Hidup Normal – Izreen Azminda

Saya ambil yang positif sahaja. Saya maafkan semua yang pernah mengutuk dan mencaci saya…

Trending Mon, 22 Feb 2021

Virus Covid-19 Dijangka Berakhir Pada 2022

Diharap Covid-19 dapat dipulihkan secepatnya

Featured Tue, 2 May 2023
Hiburan Wed, 30 Aug 2023
Trending Wed, 16 Feb 2022

Jejaka Tak Dikenali Cuba Nasib DM Wani Kayrie… Bekas Kekasih Pun Muncul Semula!

Membabitkan diri dalam bidang seni semenjak kecil, penyanyi dan pelakon Wani Kayrie menempa kejayaan peribadi yang membanggakan. Berjaya memiliki kenderaan jenama mewah atas hasil usaha sendiri, Wani juga tidak sesekali melupakan pelajaran dan masih menuntut […]

error: Content is protected !!