Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 25, 2024 @ 5:50pm

Kerajaan Pertimbang Beri Bantuan Kepada Jasmine Suraya Sambung Belajar Di LA

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan pihak kerajaan sedia mempertimbangkan untuk membantu pelakon wanita, Jasmine Suraya yang bakal menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles di Amerika Syarikat.

Menurut laporan Berita Harian, Fahmi akui kos yang perlu ditanggung Jasmine untuk melanjutkan pengajiannya ke Los Angeles memakan perbelanjaan yang tinggi.

Oleh itu, pihak kerajaan sedia memberikan bantuan sekiranya perkara yang dikemukan adalah bersesuaian.

“Saya perlu kaji dulu dan lihat apa yang kita boleh bantu, tetapi saya faham memang kebiasaannya untuk sesiapa yang melanjutkan pengajian dalam bidang seni atau dalam sebarang jurusan perfileman, muzik, teater, seni lukis dan sebagainya bukanlah satu usaha yang mudah atau murah,” katanya.

Terdahulu, Jasmine atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei menjadi rakyat Malaysia pertama yang diterima masuk untuk melanjutkan pengajian ke Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg.

Jasmine juga dilaporkan terpaksa menjual barangan seperti kereta dan beberapa barangan peribadi yang lain bagi menampung kos pengajiannya ke sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Mohon Dana Tapi Tak Dilayan, Jasmine Suraya Terpaksa Jual Aset Demi Sambung Belajar di LA

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Terpegun Dengan Kecantikan Anna Jobling Sejak Dewi Remaja, Meerqeen Akui Pandang Rupa – “Dia Crush Saya”

Cinta pandang pertama ke ni gais? Hehehehe comel jee! Tak sabar pula min nak tunggu drama Melur Untuk Firdaus 2 😚🤩

Trending Tue, 7 Aug 2018

Lombok Bergegar, 20,000 Penduduk Hilang Tempat Tinggal

Agensi Pencegahan Bencana Nasional (BNPB) berkata, ia menjangka angka kematian meningkat sebaik runtuhan lebih 13,000 rumah dibersihkan selepas dua gempa kuat dalam tempoh seminggu.

Hiburan Mon, 15 May 2023
Featured Mon, 20 Feb 2023

Individu Dakwa Intan Najuwa Sudah Bertunang Dengan Lelaki Berstatus Datuk?

Wahhh, kalau betul apa salahnya kan ❤️🥰🥰

Hiburan Tue, 21 Apr 2026
Featured Thu, 8 Feb 2024

Dakwaan Kahwin Lari Di Songkhla Tular, Marissa Dania ‘Unfollow’ Norman Hakim & Abby Abadi?

Serius lah??? Jangan ketepikan mak bapak demi cinta . Susah nanti! 😤

error: Content is protected !!