Hiburan By: Khairil Khusyairi April 3, 2024 @ 8:35pm

Plot Twist…. Didakwa Curang Dengan Muaz Zabir, Sebenarnya Bella Astillah Cuma Mahu Buat Aliff Aziz Cemburu

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan curang dan menjalinkan hubungan dengan pelakon baharu, Muaz Zabir.

Jelas Bella, dia mengakui perkara tersebut adalah bertujuan mahu membuatkan suaminya, Aliff Aziz berasa cemburu yang ketika itu curang dengan dua wanita.

“Sebenarnya saya tahu sejak semalam daripada rakan-rakan terdekat. Saya faham semua pasti terkejut kerana perkara ini secara mendadak, dan esok adalah sebutan kes perceraian saya. Jadi mengapa ia dikeluarkan sekarang?

“Sebenarnya kes ini terjadi tahun lalu, ia sudah lama dan ketika itu niat saya mahu buat suami saya cemburu, itu niat saya.

“Saya percaya rakan-rakan saya kenal bagaimana saya sayangkan Aliff. Jadi, saya gunakan seseorang untuk buat suami cemburu kerana pada ketika itu Aliff curang bersama dua wanita lain. Yang tak perlu saya sebutkan nama.

“Jadi saya nak perhatian dia dan dengan cara itu, saya harap Aliff beri perhatian dan cemburu,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila tular dakwaan Bella menjalin hubungan intim dengan Muaz Zabir susulan terdapat pendedahan di TikTok yang memaparkan tangkap layar perbualan mesej antara Bella dan Muaz yang saling bermesra.

Lebih panas, tular juga foto romantis Bella bersama Muaz yang didakwa sudah berlangsung sejak Oktober tahun lalu.

Pada 11 Mac lalu, Bella Astillah telah memfailkan cerai secara ekspres daripada suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Awal Mac, kecoh apabila Aliff dan aktres, Ruhainies ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Mesej & Foto Mesra, Bella Astillah Didakwa Bercinta Dengan Muaz Zabir Sejak Oktober Lalu?

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Aliff Aziz ‘Dalang’ Sebar Aib Bella Astillah? – “Boleh Nampak Dari Skrin Telefon Tu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Jemput Dia Makan Bersama Keluarga” – Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Buka Mulut… Sedia Bincang Dengan Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: “Bella Seorang Yang Ceria Tapi Banyak Sembunyi Masalah – Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Di Mahkamah, Rakan Selebriti Titip Semangat Buat Bella Astillah – “Awak Berhak Untuk Bahagia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Lelaki & Pelakon Wanita Ditangkap Khalwat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Jul 2023

Michelle Yeoh Kahwin Selepas 19 Tahun Bertunang

Aww! Congrats Tan Sri Michelle Yeoh

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

‘Bukan Tak Nak Jumpa Mufti Tapi…’ – Safiey Ilias Tolak Jemputan ‘Mengeteh’?

Sudah diajak ‘mengeteh’, kenapa pula Safiey segan nak jumpa Mufti Wilayah Persekutuan?

Featured Fri, 5 May 2023

Didakwa Hamil Anak Kedua? Ini Penjelasan Ernie Zakri…

Aww! Kalau betul, kita doakan yang baik-baik saja buat Kak Ninie!

Trending Wed, 14 Mar 2018

9.9 Juta Kad Kredit Diedar, Kes Muflis Dicatat 1,598 Orang

Setakat tempoh sama, statistik menunjukkan kita mempunyai 3.7 juta pemegang kad kredit utama di Malaysia.

Hiburan Mon, 12 Aug 2019
Featured Sun, 5 Feb 2023