Hiburan By: SGMS Fas August 12, 2019 @ 11:39am

Izzue Islam Simpan Hajat Mahu…..?

Penyanyi dan pelakon popular, Izzue Islam bersyukur dapat berkongsi rezeki pada tahun ini untuk menyertai aktiviti ibadah korban sempena sambutan Aidiladha.

Menurut Izzue, dia dijadualkan akan menjalani ibadah korban pada hari ini di Masjid Ar Raudhah, Puncak Perdana, Shah Alam.

“Alhamdulillah, sama seperti tahun sebelumnya, saya dan isteri ambil dua bahagian. Rezeki yang Allah berikan ini kita kongsi bersama.

“InsyaAllah, saya akan terbabit sama dalam aktiviti ini. Kalau ada kelapangan, saya merancang untuk pulang kampung di Kota Bharu, Kelantan. Sebab, ada juga ambil bahagian di sana,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Izzue meluahkan keinginan untuk menunaikan ibadah haji pada usia muda.

“Seronok tengok kawan artis yang dapat pergi haji pada usia muda. Rezeki mereka dapat pergi awal.

“Saya sentiasa berdoa semoga diberikan rezeki sama suatu hari nanti. Kalau tidak pun, nak pergi tunaikan umrah dulu. Teringin sangat nak jejakkan kaki ke Makkah dan Madinah.

“Saya dan isteri belum pernah ke sana lagi. Selalu kirim doa dengan kawan-kawan saja. Tapi, mungkin belum ada rezeki,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

T.O.P Being Investigated For Breaking Law As Public Service Worker

Big Bang’s T.O.P is currently under investigation again!

Events Wed, 11 Dec 2019

Jom Ke KL International Urban Youth Festival 14 Disember Ini!

Jom ke Dataran Medan Pasar pada 14 Disember 2019. Macam-macam ada!

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Yoo Jae Suk Becomes a Detective in New Show on Netflix

It seems like this will be another amazing show to follow. Lee Kwang Soo will be in it too!

Featured Fri, 8 Sep 2023