Hiburan By: Fatin Nurain April 4, 2024 @ 12:11pm

“Disaat Mengaibkan Menantu Kepada Orang Lain…” – Individu Dedah Perbuatan Ibu Mentua Bella Astillah

Seorang individu tampil mendedahkan sikap ibu penyanyi, Aliff Aziz, Fiza Aziz yang didakwa pernah mengaibkan menantunya, Bella Astillah.

Terdahulu, ibu kepada pelantun lagu Sayang Sayang Sayang itu memuat naik perkongsian berbaur sindiran terhadap kenyataan yang diberikan oleh Bella, malam tadi.

“Airmata dan lakonan yang hebat boleh menutupi mata manusia akan perbuatan dan siapa kita yang sebenar tetapi yakin lah kita pasti akan takut pada bayangz kita sendiri wallahualam… #PandanganIkhlas,” tulisnya di Instagram Story (Igs).

Artikel Berkaitan:  Ibu Aliff Aziz Kongsi Pandangan Ikhlas – “Air Mata & Lakonan Hebat Boleh Tutup Mata Manusia”

Kurang senang dengan ‘pandangan ikhlas’ itu, individu tersebut tampil berkongsi potongan video menerusi ruangan Direct Message (DM) XTRA momen ketika ibu Aliff rancak mengaibkan menantunya, Bella kepada beberapa individu.

“Salam, Puan kata Bella Astillah bukan pelakon yang baik. Tapi puan di story cakap lain. Takpe kita reveal ini dulu. Di saat mengaibkan menantu kepada orang lain,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, Fiza menyatakan dia pada awalnya tidak kenal Bella bahkan mengutuk nyanyian dan lakonan menantunya itu.

”We don’t know who this Bella Astillah is. We know her because she get married to Aliff Aziz. Nak kata dia penyanyi yang hebat tak juga, pelakon yang hebat tak juga. Tapi disebabkan skandal ni, nama dia melonjak naik,” kata Fiza.

Cakna dengan perkara itu, Bella mengakui dia tidak sangka ibu mentua yang selama ini dihormatinya sanggup berbuat sedemikian tanpa mengetahui khilafnya di mana.

“Ibu mentua saya siap hubungi kawan-kawan sekolah Aliff daripada sekolah rendah, memburukkan saya. Mereka manusia walaupun saya kenal mereka ketika saya bercinta dengan Aliff, tapi mereka boleh menilai apa yang saya lalui.

”Saya tak suruh orang menyebelahi mana-mana pihak. Jadi secara tiba-tiba mereka cakap ketika saya berniaga di Singapore, mak mentua saya hubungi mereka dalam tujuh ke lapan orang untuk datang ke rumah dan mengaibkan saya.

”Bayangkanlah orang yang sentiasa mengeluarkan kata-kata Islamik, orang yang saya sayang dan hormat boleh mengutuk saya. AllahuAkbar, apa salah saya? Sampai perlu cakap macam tu sedangkan saya jaga Aliff dah 10 tahun,” jelas Bella.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Sebelum ini, nama Bella sekali lagi meningkat naik selepas tular dakwaan yang menyatakan dirinya pernah curang bersama seorang pelakon baru, Muaz Zabir.

Mengakui khilafnya berbuat demikian, Bella menjelaskan tujuannya hanya untuk mendapatkan perhatian Aliff dan sudah pun meminta maaf kepada suami

Artikel Berkaitan: Tular Mesej & Foto Mesra, Bella Astillah Didakwa Bercinta Dengan Muaz Zabir Sejak Oktober Lalu?

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Aliff Aziz ‘Dalang’ Sebar Aib Bella Astillah? – “Boleh Nampak Dari Skrin Telefon Tu”

Artikel Berkaitan: Plot Twist…. Didakwa Curang Dengan Muaz Zabir, Sebenarnya Bella Astillah Cuma Mahu Buat Aliff Aziz Cemburu

Artikel Berkaitan: “Dia Turut Curang Dengan Adik Saya Sendiri” – Simpan Semua Bukti, Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 19 Mar 2019
Trending Wed, 27 Jan 2021

Bayaran BPN 2.0 Ambil Masa Seminggu Untuk Dikreditkan – MOF

Mohon bersabar demi kebijakan rakyat bersama ❤️

Featured Mon, 7 Mar 2022
Trending Thu, 3 Oct 2019

Spend Your Halloween at The Most Instagram-able Spooky Experience at Lost World of Tambun’s Day of the Dead

Embrace the Mexican traditions honouring the dead as you step into the Lost World of Tambun.

Trending Fri, 30 Jul 2021

Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Kepada Semua Peminjam Dilanjutkan – AIM

Berkuatkuasa pada tarikh yang telah ditetapkan

Featured Thu, 19 Jan 2023