Kes Mahkamah By: Atiqah Johari April 4, 2024 @ 3:32pm

“Saya Akan Gunakan Semua Peluang Untuk Selamatkan” – Aliff Aziz Enggan Cerai, Mahu Pertahan Rumah Tangga Dengan Bella Astillah

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz tidak mahu menceraikan isterinya, Bella Astillah dan mahu mempertahankan rumah tangganya.

Kata Aliff, dia mengambil keputusan ini untuk kebajikan anak-anaknya ketika hadir ke sebutan kedua kes cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Kuala Lumpur, pada Khamis.

“Beberapa minggu ini sangat bercampur baur untuk saya.

“Buat masa sekarang saya akan gunakan semua peluang yang ada untuk selamatkan rumah tangga demi anak-anak. Saya rindu anak-anak saya,” ujarnya.

Malah, Aliff memaklumkan bahawa dia enggan terburu-buru membuat sebarang keputusan.

Selain itu, dia juga mengakui telah banyak melakukan kekhilafan termasuk isterinya.

“Saya buat banyak kesilapan, dia juga buat salah.

“Tapi ini (bercerai) bukan keputusan yang boleh saya buat secara terburu-buru tanpa berfikir panjang,” katanya.

Susulan itu, Aliff juga meminta untuk diberi ruang supaya kes dapat berjalan dengan lancar.

“Saya minta diberikan ruang agar prosedur ini akan berjalan dengan lancar oleh pihak mahkamah.

“Saya juga berterima kasih kepada apihak mahkamah yang membenarkan proses ini dijalankan dengan langkah yang betul,” jelasnya.

Sebelum ini, Bella mendedahkan Aliff pernah meluahkan hasrat untuk bercerai secara tiba-tiba pada 14 Februari lalu.

Mahkamah telah menetapkan tarikh untuk sebutan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 4 Jun depan yang diwakili oleh ibu Aliff, Siti Hafiza Basharahil dan kakak angkat Bella, Roslinda.

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Tiba-Tiba Nak Cerai Lepas Habis ‘Shooting’

Artikel Berkaitan: “Dia Turut Curang Dengan Adik Saya Sendiri” – Simpan Semua Bukti, Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali

Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Lebih 8 Kali Ke Pavillion Suites, Bella Astillah Dedah Bukti Ruhainies Berbohong -“Waktu Tu Mereka Ada Bersama”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Itu Bukan ‘Baby Bump’ – Fazura

Jelasnya, jika hamil dia tidak akan sekali-kali merahsiakannya tetapi akan berkongsi berita baik itu kepada semua peminat yang mendoakannya.

Featured Wed, 2 Nov 2022

“No! Kalau Pegang Saya Tumbuk” – Celoteh Comel Anak Aisyah Hijanah Undang Tawa

Tular sebuah video pempengaruh, Aisyah Hijanah yang sedang mengajar anaknya Khadeejah Hijanah untuk tidak membenarkan orang yang tidak kenal cuba mendekati dan menyentuhnya. Telatah Khadeejah yang masih pelat berbicara menjadi bahan jenaka warganet di media […]

Hiburan Thu, 14 Mar 2024
Featured Wed, 11 May 2022
Selebriti Fri, 1 Dec 2023

Tular Video Makan Bersama, Status Hubungan Dengan Syafiq Kyle Jadi Persoalan… Ini Penjelasan Mimi Lana

Saya dan Syafiq dalam keadaan baik tetapi kami memilih untuk fokus pada diri masing-masing dan juga kerjaya – Mimi Lana

Hiburan Wed, 18 Oct 2023
Featured Thu, 9 Mar 2023

[VIDEO] Suami Buat Kejutan, Siti Elizad Menangis Gara-Gara…

Awww so sweet tapi sebak sangat bila sentuh bab zuriat!