Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 9, 2024 @ 3:45pm

Sibuk Di Bulan Ramadan, Haidar Hasanudin Gembira Dapat Raikan Anak-Anak Yatim & Asnaf

Biarpun sibuk dengan kerjaya seni, pelakon Haidar Hasanudin bersyukur kerana dapat meraikan golongan yang memerlukan sempena kemuliaan bulan Ramadan.

Menyerikan majlis berbuka puasa bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu anjuran Bodyguard Escort Team (BGET) bersama syarikat pengurusan Haidar, Hydr Entertainment, pelakon drama bersiri I Love You Stupid ini bersyukur kerana dapat meraikan Ramadan dan Syawal dengan penuh makna.

“Syukur Alhamdulillah, biarpun jadual saya sibuk di bulan Ramadan, saya sempat mencuri masa untuk sama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu.

“Saban tahun saya mesti memikirkan cara untuk menyumbang semula kepada mereka yang memerlukan. Biarpun tahun ini, kerjaya seni semakin padat, saya gembira kerana dapat meluangkan masa bersama dengan anak-anak yatim dan asnaf.

“Saya sendiri terharu dan bersyukur kerana dapat meraikan mereka yang memerlukan di bulan mulia ini. Harapan saya, acara anjuran BGET dan Hydr Entertainment ini dapat mengukir senyuman di wajah tetamu yang hadir.

“Saya juga berterima kasih kepada Keith Foo kerana sama-sama turun padang menjayakan majlis ini,” katanya kepada XTRA.

Selain Haidar dan Keith, majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Hydr Entertainment, Datuk Seri Ir Dr Jumat Ahmad, Pengarah Urusan BGET, Encik Jasny, wakil dari Bukit Aman, Tuan Hilmi Syazwan serta wakil anggota IPD Ampang Jaya.

Tambah pelakon drama bersiri Layang Layang Perkahwinan ini, Ramadan tahun ini berbeza berbanding bulan puasa sebelum ini.

“Tahun ini merupakan tahun sibuk saya di set penggambaran. Sebagai pendatang baharu, saya menganggap peluang yang datang sebagai rezeki. Biarpun sibuk, saya gembira kerana peluang dan tawaran tidak putus-putus untuk saya.

“Saya akui memang penat, berpuasa dan sibuk di set penggambaran tetapi bagi saya, busy is good. Saya berharap banyak lagi peluang yang datang untuk saya menyerlahkan bakat lakonan sepanjang tahun 2024 ini,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 21 Aug 2019

Mattel BTS IDOL Dolls and UNO™ BTS are Now Ready to be Grabbed by ARMYs in Malaysia

The wait is over! Malaysian ARMYs can now have their favourite oppas in their rooms with dolls and cards from major retailers later this month.

Hiburan Mon, 10 Mar 2025
Featured Thu, 19 Sep 2024

Henti Spekulasi Isu Rumah Tangga Fazura, Fattah – Pengurus

Jadi, faham-faham lah ek wahai netizen. Pengurus Fazura dah beri respons tu😪

Featured Fri, 14 Oct 2022
Hiburan Tue, 31 Dec 2024

Disyaki Miliki Ganja Ketika Tunai Umrah, Pelawak Kena Tahan Di Jeddah

Seorang pelawak terkenal dilaporkan telah ditahan di Jeddah selepas dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah.

Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Bunkface Dedikasi ‘Korang’ Untuk Peminat & Sahabat Rapat

Kumpulan rock popular, Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul Korang. Korang merupakan dedikasi Bunkface untuk peminat dan sahabat rapat mereka yang tidak pernah Lelah menyokong semenjak hari pertama. “Lagu ini menceritakan mengenai […]

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Amar Ahyan Mengaji Untuk Adiknya

Sempat lagi Amar Ahyan meluangkan masa bersama adiknya sebelum menjalani pembedahan mata

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
error: Content is protected !!