Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 17, 2024 @ 3:36pm

“Saya Tak Marah, Itu Muka Cemas” – Ear Monitor Belum On, Siti Nurhaliza Cerita Kejadian Sebenar Momen Di Belakang Pentas

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil perjelas berhubung video tular disebalik tabir memaparkan mimik mukanya memberi jelingan ketika di konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza pada Mac lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Siti atau nama lengkapnya Sii Nurhaliza Tarudin memuat naik semula video sebenar disebalik tabir tersebut demi menjelaskan keadaan yang ternyata elah menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen.

Dalam hantarannya itu, Siti berkata dia tidak berada dalam keadaan marah, sebaliknya hanya memaklumkan kepada kru belakang pentas mengenai monitor telinga yang tidak berfungsi beberapa saat sebelum LCD terbuka untuk meneruskan persembahan.

Siti Nurhaliza

“Saya tak sangka pula, momen belakang pentas yang disiarkan dalam Konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza mendapat perhatian dan dijadikan berita serta dikongsikan, ada yang kata saya marah (reaksi dan mimik muka dalam video tersebut tanpa suara).

“Bila baca komen, alaaa..janganlah ambil serius sangat tau, saya tak marah pun, tu muka saya cuak atau cemas, anda boleh tengok berapa saat je LED tu akan terbuka dan saya kena menyanyi.

“Bayangkan kalau ear monitor yang saya pakai tak on atau dibuka. Ear monitor ini sangat penting kepada seseorang penyanyi untuk mendengar suara dan muzik.

“Saya muat naik video sebenar supaya tiada spekulasi lagi, saya tak marah pun, itu nada suara saya yang mahu memastikan ear monitor saya dibuka dengan segera…dan berjalan secara profesional ke depan pentas, terus menghayati dan menghiburkan penonton,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan situasi agak tegang ketika di belakang pentas konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza berlangsung pada 9 Mac lalu.

Ramai menganggap mimik muka jelingan pelantun lagu Purnama Merindu ini seakan memarahi salah seorang pekerja bahagian teknikal di belakang pentas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Aug 2022
Hiburan Tue, 7 Oct 2025
Hiburan Wed, 5 Dec 2018
Hiburan Tue, 28 Mar 2023
Featured Thu, 4 May 2023

Bekas Suami Didie Alias, Pelakon Ridzuan Hashim Meninggal Dunia

Innalillahiwainnalillhirojiun.. Al-fathihah.. Salam Takziah buat keluarga Allahyarham dan Mami Didie ❤️

Trending Thu, 26 Nov 2020
Featured Wed, 4 Mar 2020
Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Nazim Othman Dilamun Cinta?

Rata-rata memberikan komen gembira sekiranya Nazim benar-benar sudah berpunya. Tidak kurang juga yang mendoakan agar Nazim bahagia dengan cinta barunya.

Hiburan Sat, 25 Jan 2025
error: Content is protected !!